Wednesday, February 8, 2012

Spain, Brazil, Poland New Kit 2012

Beberapa gambar jersey baru negara Spain, Poland dan Bazil dan juga mesej kempen mereka. Kemain style jersey-jersey depa. Kena rembat juga satu nanti hikhik.

Spain: El pasado no cuenta, todo vuelve a empezar



Ya, video ni dah lama tapi aku baru tengok hihi. Style gila kot.


"Ingat mama driver kamu ke?"


Hoi. Hahah, k permulaan yg kasar. Bukan apa, teruja menaip lepas 6 bulan tak update blog ni. Sekarang tengah tunggu result SPM, tu yang free. K berbalik kepada apa yang aku nak tulis. Apa yang nak dicerita ni bukanlah benda besar pun. Cerita yang dah basi tapi tetap nak cerita.

Masa aku masih Form 5, aku tumpang sorang kawan aku balik rumah. Bila mak dia mai, aku jadi segan. Ya, aku memang seorang yang pemalu. Aku suruh dia duk sekali dengan aku kat belakang. Dia pun setuju. Bila masuk ja kereta, mak dia tegur dia,"Angah, kenapa duk belakang? Duk depan la. Ingat mama driver kamu ke?" Macam tu la ayat dia. Tak ingat sangat mama ka, ibu ka, umi ka. Hahah, biarkan.

Sungguhlah tersentap dekat ayat 'Ingat mama driver kamu ke?'  Aku mula pikiaq, adakah beradab atau tak bila kita duk belakang dan biar mak/abah drive sorang-sorang kat depan? Like a boss la pulak. Ka aku sorang saja yang tak tau lagi benda tu tak beradab? K -,- Sungguhlah aku rasa malu sebab sebelum kejadian tu, memang selalu aku duk belakang kalau abah aku mai jemput kat hostel. Aku tak suka duk depan. Takpa la, lepas ni, kalau tak ada siapa kat depan, aku duk la. Nak sembang pun lagi dekat dan mesra hikhik.