Sunday, July 10, 2011

Home » » Bersih tak bersih, yang pasti hari ini hari senyum lebar - PLKN Siri 9/2012

Bersih tak bersih, yang pasti hari ini hari senyum lebar - PLKN Siri 9/2012


Hari ni hari terbaik aku, terbaik sangat. Kalau boleh, aku nak belanja sesiapa yang ada depan aku tapi itu la, time hari kegembiraan aku jugaklah habuk penuh dalam wallet. Aku buka nak caakap pasai Ambiga ka, Bersih ka, apa ka.. Yang happy sangat ni bukan apa, aku tak dapat PLKN Siri 9/2012. Tu saja. Maknanya aku boleh teruskan dengan perancangan hidup aku lepas SPM yang siap dirancang. InsyaAllah, kalau tak ada aral yang melintang, berjalanlah plan aku tu.

Kenapa yang aku tak suka sangat PLKN?

Sorry to say, buang masa. Aku boleh agak orang akan cakap aku tak ada semangat patriotik la, apa la.. Aku tak kisah sebab lepas SPM, banyak benda boleh aku buat. Lesen kereta, tolong mak abah aku ka (bajet sikit hehe) Jujur aku cakap, kalau elaun banyak, insyaAllah aku nak pi. Agak-agak, kalau semua budak otak set macam aku, bankrap kerajaan.

Senior aku ada cakap, PLKN ibarat stand for perjalanan lurus ke neraka. Aku ada dengar pengalaman diorang. Aku rasa macam susah ja nak survive kat sana. Aku pun bukan jenis yang bergaul dengan orang. Environment kat sekolah aku lain daripada sekolah lain. Tak tau nak cakap mana tapi memang aku takut nak bergaul dengan orang luar. Itu masalah aku.

Itu je lah yang aku nak membebel. Teringin nak dengar kisah orang lain yang pernah masuk PLKN :)

1 comment:

  1. salam ziarah

    jom ke blog buaya dan jadi follower sekali k

    ReplyDelete

Justin Guarini said,"Either positive or negative comments are good because it shows I am still relevant." So, leave your comment here :)