Sunday, June 26, 2011

Home » » Jangan terbang tinggi kalau niat pun tak betul.

Jangan terbang tinggi kalau niat pun tak betul.


Trial SPM dah nak dekat dan aku agak gelabah. Sampai sekarang, apa yang kawan aku cakap masih aku terfikir sampai sekarang. Asalnya petang hari tu nak pergi kelas Quran Sunnah. "Ikut hati memang aku tak larat nak pi tapi takpa la. Aku nak dapat A+ untuk subjek QS ni." Itu apa yang aku cakap dekat kawan aku. Selamba dia balas, "Saff, pi kelas sebab nak dapat reda oke." Agak panjang aku berfikir lepas tu. Nawaitu perlu ubah. Selama ni memang aku pi kelas tambahan semua tu sebab nak dapat 12A+ tapi aku lupa kena ikhlas. Reda Allah tu penting. Reda cikgu-cikgu. Reda ibu bapa.

Dan malam tu batang hidung aku terkena lagi. Kawan aku yang sorang ni suruh beli majalah Sinergi dekat dia. Sempat la jugak aku belek majalah tu. Cover last sekali majalah tu ada satu hadis. Makan dalam hati aku.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, "Sesiapa yang mempelajari ilmu yang boleh mendapatkan keredhaan Allah, sedangkan dia mempelajarinya kerana ingin mendapatkan habuan dunia, dia tidak akan dapat mencium bau syurga di hari akhirat kelak.”

Aku study sebab nak dapat 12A+ lepas tu boleh further study in Australia. Memang salah niat tu. Jangan terbang tinggi kalau niat pun tak betul. Berubah.

1 comment:

  1. baguslah kamu berfikiran cenggini.. cume bagi aku "niat yang baik itu bukan niat yg salah."

    niat "NAK STUDY FURTHER" itu adalah niat sebaik-baik niat.. Tuhan suruh kite cari ilmu macam kite nak hidup 1000 tahun lagi.

    demi Allah, tak salah niat nak further study kat Australia tuh.. jgn sesekali tinggalkan niat nih.. cume kan baik kalau TAMBAH satu lagi niat iaitu utk mendapat keredhaan Allah..

    so kene ubah tajuk.. "terbanglah setinggi mungkin.. niat itu boleh diubah/ditambah" [lol]

    jangan letak perkataan "JANGAN" pada permulaan sesuatu yg baik

    ReplyDelete

Justin Guarini said,"Either positive or negative comments are good because it shows I am still relevant." So, leave your comment here :)