Friday, April 8, 2011

Home » , , » Kerana wajah itu adalah maruah.

Kerana wajah itu adalah maruah.


Isnin lepas, masa aku ada kelas tambahan Bahasa Arab, ustaz aku menyentuh tentang perbuatan menampar muka. Aku agak tersentak lepas ustaz aku cakap, kita dilarang sama sekali menampar muka sesiapa pun. Aish, pernah sekali dalam sepanjang aku masih bernyawa ni, aku ada tampar adik aku sebab masa tu adik aku buat something sampai aku bengang macam gunung berapi nak meletop.

Dalam hadis riwayat Bukhari dan Muslim ditegaskan, “Dari Abi Hurairah ra, dia berkata: Rasulullah saw bersabda, ‘Apabila seseorang di antaramu memerangi saudaranya, maka jauhilah wajah.”

Ustaz aku cakap, muka kita ni adalah maruah kita. Bayangkan kalau ada orang tampar kita depan orang ramai, rasa malu tebal 10 meter. Ada pulak budak kelas aku tanya, macam mana kalau mak tampar anak? Ustaz aku cakap, tak kiralah pangkat apa-apa pun - mak, cikgu, abah, tua ke muda ke - memang dilarang tampar orang lain walaupun dengan alasan mendidik. Emm, bila fikir balik - dengan alasan nak mendidik pun tak boleh, tambah la pula tampar sebab marah, lagilah tak boleh.

Muka aku memang lain terus. Rasa bersalah, malu semua ada. Aku kena minta maaf dekat adik aku. Adeh, lemah sungguh.

Sumber lain;

Ulamak telah menyatakan antara sebab-sebab kenapa Rasulullah SAW melarang kita menampar wajah:
  • Muka ada anggota lembut serta menghimpunkan segala kebaikan.
  • Anggota yang ada padanya sangat bernilai.
  • Anggota yang ada padanya ada anggota panca indera seperti mata.
  • Pukulan boleh merosakkan anggota penting ini , mengurangkannya, menghodohkannya atau cacat.
  • Kerosakan akibat pukulan di muka tidak boleh disembunyikan kerana ia adalah anggota yang jelas.
Tampar manja takpa kot nohh, hehehe.

18 comments:

  1. Nobita, arigato gozaimas.
    Kak Syaza, no biggie :)

    ReplyDelete
  2. jangan tampar2 orang. tak baik taww.


    kehkeh

    ReplyDelete
  3. Salam Saffrina jelita,
    sanagt menarik...boleh akak share?

    ReplyDelete
  4. penah kena tampar sekali .

    sob sob .

    ReplyDelete
  5. @- elina - Tunjuk entri ni dekat orang yang tampar elina, bagi kesedaran HAHA

    ReplyDelete
  6. cmne ni eh..pernah tampar student kt pipi. tp x kuat. tampar mmg sikit je. mmg sekali tertampar tu rasa bersalah yg amat. denda yg di amalkan skrg, rotan tapak kaki mereka.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum...


    saya just blogwalking kat sini. baru tahu pasal blog ni..

    anyway kalau ada masa, silalah berkunjung ke blog saya.

    happy blogging :-)


    regards,
    BLADE EDGE

    ReplyDelete
  8. kalau bengang sangat tampar je bontot.
    kekeke

    ReplyDelete
  9. skali kta tmpar dy, dy egt smpai bla2...

    ReplyDelete

Justin Guarini said,"Either positive or negative comments are good because it shows I am still relevant." So, leave your comment here :)