Friday, February 4, 2011

Home » » WikiLeaks dicalonkan untuk Hadiah Nobel Keamanan 2011

WikiLeaks dicalonkan untuk Hadiah Nobel Keamanan 2011


Barrack Obama terima Hadiah Nobel Keamanan 2009, Liu Xiaobo pula tahun 2010 dan untuk tahun 2011, web yang begitu kontroversi ala-ala pisang goreng panas, WikiLeaks dicalonkan untuk Hadiah Nobel Keamanan 2011. Serius tak sangka, WikiLeaks yang kerja dia dedah rahsia kerajaan tercalon. Aku rasa tak perlu lah untuk aku ceritakan apa WikiLeaks ni. Semua orang tahu. Tapi kalau ada yang tak tahu tu, tak tau nak cakap apa - katak bawah tempurung kot. Jenis blur punya orang haha.

Snorre Valen, ahli parlimen Norway adalah orang yang mencalonkan WikiLeaks untuk hadiah nobel ni dengan alasan WikiLeaks telah menyumbang terhadap perjuangan untuk hak asasi manusia, demokrasi dan kebebasan bersuara, dengan memdedahkan jenayah dan penyeksaan. Valen cakap, pencalonan ni adalah untuk menyokong kebebasan bersuara. "Even though I do not approve of everything WikiLeaks does, I think it's very important to protect the freedom of speech and the transparency WikiLeaks represents"

WikiLeaks founder sure happy gila-gila. Tapi, Nobel Peace Prize expert Kristian Berg Harpviken cakap pencalonan WikiLeaks tak mungkin. Wkileaks terlalu kontroversi - pendedahan maklumat-maklumat rahsia terhadap orang ramai sangat bahaya terhadap individu-individu tertentu. Hem, buat masa sekarang WikiLeaks founder Julian Assange tengah tunggu sama ada England akan hantar dia ke Sweden untuk disoal atas tuduhan seksual ke atas dua orang perempuan Sweden. Pendapat aku sendiri, aku kurang setuju tapi macam setuju ada juga sebab aku pun sokong kebebasan bersuara hehehe. Tapi WikiLeaks ni terlebih bersuara. DW-WORLD.DE Mashable

1 comment:

  1. hadiah nobel kimia dan fizik tak citer?

    -syihan@ http://syihanf.blogspot.com

    ReplyDelete

Justin Guarini said,"Either positive or negative comments are good because it shows I am still relevant." So, leave your comment here :)