Thursday, February 3, 2011

Home » » Gelora Mesir.

Gelora Mesir.



Dengar saja Mesir ada rusuhan, teringat aku dekat senior-senior sekolah aku yang ada dekat Mesir sekarang. Harap tak ada apa-apa yang jadi. Banyak sangat post pasal revolusi untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Hosni Mubarak ni. Aku malas nak ulas. Banyak site yang boleh refer. Beribu-ribu student Malaysia dekat Mesir. Ex-student sekolah aku pun ramai dekat sana. Kalau tak salah, lebih kurang 11 000 rakyat Malaysia dan kebanyakkannya student la dekat sana. Menurut Bernama 1 FEB 2011, Pelajar Malaysia berpindah ke Rumah Malaysia di Abasia. Seramai 500 pelajar Malaysia akan berpindah secara berperingkat-peringkat dari kediaman masing-masing ke Rumah Melayu Abasiah Mesir (Arma) di Abasiah, Kaherah mulai hari ini (1/2/2011) 

Students Malaysia dekat sana dah lost contact memandangkan internet dengan mobile network dah kena block. Students Malaysia just tahu keadaan dekat luar through berita dekat televisyen dan radio sebab kerajaan Mesir potong internet connection sebab nak elak penyebaran anasir berunsur hasutan.

Sekarang dah banyak rakyat Malaysia dekat sana yang balik ke Malaysia. Lagipun, AirAsia dah sediakan pesawat jenis A340 dan A330. Pesawat tu akan ulang alik 4 kali, bawa rakyat Malaysia ke Jeddah lepas tu transit sekejap. Then, baru ke Malaysia.

Haih, keadaan tak terkawal. Balai polis kena bom, penjara kena pecah, lebih 6000 banduan loncat-loncat seronok. Keselamatan memang tak terjamin dah. Just wondering, macam mana kalau terjadi dekat Malaysia? Nauzubillah. Aku bersyukur negara aku aman walaupun harga barang selalu naik. Minyak pun mahal. Aku nak moto pi kelas tuition nak keluar duit sendiri. Sengkek. Dekat sini - SQUAD PERHUBUNGAN SEMENTARA MESIR-MALAYSIA, blog yang sentiasa update pasal keadaan dekat sana.

Tadi dekat 9GAG, aku jumpa something - Explaining The Egyptian Revolution To Americans Through A Medium They All Understand. Menjelaskan isu yang terjadi dekat Mesir sekarang dalam bentuk poster Indiana Jones. Fakta tu betul ke tak?

1 comment:

  1. betul kata ang, baik kita hargai keamanan ni. jgn banyak songeh minyak naik

    -syihan @ http://syihanf.blogspot.com

    ReplyDelete

Justin Guarini said,"Either positive or negative comments are good because it shows I am still relevant." So, leave your comment here :)