Sunday, February 6, 2011

Home » » Arsenal hangus, Manchester United kalah buat kali pertama.

Arsenal hangus, Manchester United kalah buat kali pertama.



Sanggup aku bersengkang mata nak tengok Man U lawan, last-last kalah macam tu saja. Dah la kalah dengan team underdog, Wolve, memang tak boleh belah. Syabas buat Wolves sebab berjaya leburkan impian Alex Ferguson untuk kelabnya terus kekal rekod tanpa kalah. Serius cakap, bila Wolves dah lead 2-1, hati berdebar gila tak terkata. Aku memang kipas-susah-mati Man U.


Apa yang aku dapat bagi pendapat, players Man U banyak lepaskan peluang nak sumbat gol especially Rooney. Adik aku cakap dia macam pengkhianat tak nak bagi gol untuk Man U. Kerja tunggu bola tapi tak sumbat pun gol. 1st half, Man U memang teruk cara main. Last minute nak dekat dekat habis, baru nak pulun nak sumbat gol tapi satu habuk pun tak masuk. Scholes punya pulun nak sumbat gol sampai tertolak bola dengan tangan tapi tak masuk pun. Kesian la juga aku tengok HAHA. Player kesayangan aku, Berbatov main kejap saja sampai second half, lepas tu tukar dengan player lain. Kempunan nak tengok Berbatov tanduk bola. Alex Ferguson kerja tengok jam.


Arsenal pun satu hal. Mula-mula lead 4-0 memang selesa dah. Aku siap loncat-loncat Van Persie bagi 2 gol tapi Newcastle agak hebat sebab boleh kejar sampai jadi seri. Tapi aku tak kagum sangat sebab gol Newcastle tu pun gol penalti disumbat oleh Barton. Aku tak berapa pandang sangat gol penalti ni. HEHE. Aku sekarang tengah tunggu Liverpool lawan Chelsea. Aku nak tengok Liverpool belasah Chelsea, biar Torres tercabut biji mata, biar orang fikir pembelian Torres ni satu kerugian sampai Chelsea terpaksa jual lima bintang bola sepak yang lain. Sesungguhnya Torres dah hilang bisa.


Tapi tak apa, Man U tetap di tangga teratas dengan 54 mata diikuti dengan Arsenal, 50. Manchester City membelasah West Bromwich Albion 3-0 dan duduk di tangga ke-3 buat masa sekarang. Terbaik punya, Everton belasah Blackpool 5-3. Kesimpulan daripada Arsenal dan Man U yang hangus ni, tak semestinya yang hebat itu akan sentiasa hebat.

3 comments:

  1. best tol tgk man U kalah... hahahaha
    -syihan@ http://syihanf.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. nak sangat arsenal menang lawan barcelona pagi esok ni

    ReplyDelete

Justin Guarini said,"Either positive or negative comments are good because it shows I am still relevant." So, leave your comment here :)