Saturday, January 29, 2011

Home » » Kerana guru itu aku akan berusaha.

Kerana guru itu aku akan berusaha.

Cinta yang hakiki yang didasarkan kerana Allah semata-mata, ialah bila kita mencintai seseorang bukan kerana peribadinya, malah kerana kelebihan-kelebihannya yang bergantung dengan keakhiratannya. Misal cinta itu ialah: Seseorang yang mencintai gurunya sebab menerusi guru itu ia akan memperolehi ilmu pengetahuan yang akan memperbaiki amalannya. Sedang tujuan utama dari menuntut ilmu pengetahuan dan amalan yang baik itu, ialah keselamatan diri di Hari Akhirat. Inilah yang dikatakan antara contoh-contoh cinta kerana Allah semata-mata.

Tujuan aku post entri pasal guru, sebab cikgu (Sir Said) di sekolah aku akan berpindah. Memang terasa gila sedih even Sir baru ajar aku tahun ni. Aku suka Sir, beliau selalu bagi semangat dekat budak-budak. Memandangkan kami semua Tingkatan 5 tahun ni dan beliau pegang kami, beliau berusaha nak didik kami, SPM kasi gempak. Semua cikgu dekat sekolah aku nak yang terbaik daripada kami.

Bila aku naik Tingkatan 5 ni, baru aku dapat kesedaran sedikit demi sedikit. Aku mengaku, aku bukan student yang tip top disiplinnya, akademik pun dua kali lima. Dalam kelas pun banyak main, tidur. Bila dah naik 16-17, baru otak aku ni matang sikit. Sampai bila aku nak main-main? Kalau aku dapat ilmu pun, macam tak berkat kan? Rasa bersalah tak payah cakap la, sangat-sangat. :(

Hati cikgu ni kena jaga. Garang macam mana pun, jangan benci. Halang kita nak dapat ilmu, bahaya. Cikgu yang garang inilah mendidik budak-budak menjadi terbaik dari ladang. Garangnya mereka, pendidikan terjaga. Garangnya mereka, budak-budak mendengar kata dan tidak berani melawan. Garang mereka mendidik. Garang mereka kerana sayang.

Aku akan berusaha untuk mak abah, cikgu-cikgu dan diri sendiri.

11 comments:

  1. bagus...bagus...semangat tinggi..insyaAllah, didoakan berjaya

    ReplyDelete
  2. saff,, aku tak larat nanges weh bila tringat kat sir. sampai aku cerita kat mak aku pun aku nanges g. malu ah. ahha. minggu ni last weh. aku tak sangguppp.. :'(

    ReplyDelete
  3. @zamira hamid sabar sabar. macam Sir cakap, life must go on :)

    ReplyDelete
  4. semaangat dan azam yang tinggi dan mulia
    teruskan dik..selamat maju jaya

    ReplyDelete
  5. baru tingkatan 5 adik ni..huhu..rajin2 belajar ye dik..biar ingatan pada sir tu menambah semangat untuk tingktkn prestasi subjek tu nanti yer..huhu

    ReplyDelete
  6. Terima kasih atas kata-kata semangat. :)

    ReplyDelete

Justin Guarini said,"Either positive or negative comments are good because it shows I am still relevant." So, leave your comment here :)