Saturday, January 29, 2011

Kerana guru itu aku akan berusaha.

Cinta yang hakiki yang didasarkan kerana Allah semata-mata, ialah bila kita mencintai seseorang bukan kerana peribadinya, malah kerana kelebihan-kelebihannya yang bergantung dengan keakhiratannya. Misal cinta itu ialah: Seseorang yang mencintai gurunya sebab menerusi guru itu ia akan memperolehi ilmu pengetahuan yang akan memperbaiki amalannya. Sedang tujuan utama dari menuntut ilmu pengetahuan dan amalan yang baik itu, ialah keselamatan diri di Hari Akhirat. Inilah yang dikatakan antara contoh-contoh cinta kerana Allah semata-mata.

Tujuan aku post entri pasal guru, sebab cikgu (Sir Said) di sekolah aku akan berpindah. Memang terasa gila sedih even Sir baru ajar aku tahun ni. Aku suka Sir, beliau selalu bagi semangat dekat budak-budak. Memandangkan kami semua Tingkatan 5 tahun ni dan beliau pegang kami, beliau berusaha nak didik kami, SPM kasi gempak. Semua cikgu dekat sekolah aku nak yang terbaik daripada kami.

Bila aku naik Tingkatan 5 ni, baru aku dapat kesedaran sedikit demi sedikit. Aku mengaku, aku bukan student yang tip top disiplinnya, akademik pun dua kali lima. Dalam kelas pun banyak main, tidur. Bila dah naik 16-17, baru otak aku ni matang sikit. Sampai bila aku nak main-main? Kalau aku dapat ilmu pun, macam tak berkat kan? Rasa bersalah tak payah cakap la, sangat-sangat. :(

Hati cikgu ni kena jaga. Garang macam mana pun, jangan benci. Halang kita nak dapat ilmu, bahaya. Cikgu yang garang inilah mendidik budak-budak menjadi terbaik dari ladang. Garangnya mereka, pendidikan terjaga. Garangnya mereka, budak-budak mendengar kata dan tidak berani melawan. Garang mereka mendidik. Garang mereka kerana sayang.

Aku akan berusaha untuk mak abah, cikgu-cikgu dan diri sendiri.

Buat yang ditimpa dugaan, ini mungkin satu akan menenangkan anda.

KENAPA SAYA DIUJI?
" Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan ;"Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." ( Surah Al-Ankabut ayat 2-3 )


KENAPA SAYA TAK DAPAT APA YANG SAYA IDAMKAN ?
" Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." ( Surah Al-Baqarah ayat 216 )


KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
" Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya..." 
( Surah Al-Baqarah ayat 286 )

RASA FRUST?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." 
(Surah Al-Imran ayat 139)

BAGAIMANA HARUS SAYA MENGHADAPINYA?
" Wahai orang-orang yang beriman ! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan) dan bersedialah ( dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan ) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan )." 
( Surah Al-Imran ayat 200 )

" Dan mintalah pertolongan (kepada Allah ) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" 
( Surah Al-Baqarah ayat 45 )

APA YANG SAYA DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka..." 
( Surah At-Taubah ayat 111 )

KEPADA SIAPA SAYA BERHARAP?
".. Cukuplah Allah bagiku, tiada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.." 
( Surah At-Taubah ayat 129 )

DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI !!!!!
"..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.."

p/s: Harus ada rasa bersyukur di setiap kali ujian menjelma. Itu jelasnya membuktikan Allah mengasihimu setiap masa. Diuji tahap keimanan sedang ramai terbiar dilalaikan. Hanya yang terpilih sahaja antara berjuta mendapat rahmatnya. Allah rindu mendengarkan rintihanmu berpanjangan. Bersyukurlah dan tabahlah menghadap. MESTICA - Rahmat. Thank you Nursyaza Nadiah, your note really make me cry.

Friday, January 21, 2011

Forgive everyone for the sake of ukhuwah.



Lumrah kalau kita kawan, mesti ada juga bergaduh dan aku tak terkecuali daripadanya. Kadang-kadang benda kecil pun boleh jadi besar. Entri ni bukan untuk menyentap hati sesiapa, tapi ini apa yang aku belajar. Experience is the best teacher oke. Bila dah bergaduh, ego kita memang dibina setinggi-tinggi langit ketujuh untuk meminta maaf. Hang tolak aku, aku tolak hang. Sampai bila nak berdamai? Tunggu kiamat baru nak damai? Tak salah rasanya kalau kita rendahkan ego kita atas dasar persahabatan yang dibina.


لا يحل لمسلم أن يهجر أخاه فوق ثلاث , يلتقيان فصد هذا ويصد هذا , وخيرهما الذى يبداء بالسلام


Maksudnya : Tidak halal bagi seorang Islam itu tidak menegur sapa saudaranya lebih daripada tiga hari, berjumpa keduanya maka berpaling seorang ke tempat lain dan seorang lagi ketempat lain. Yang lebih baik daripada dua orang ini ialah siapa yang memulakan salam.

Aku tak nafikan hati memang rasa marah, tabiat manusia kan? Kita dilarang untuk tidak berdamai lebih daripada 3 hari. Jadi gunakan sebaik-baik 3 hari tu untuk kita redakan marah dan lepas tu, let's us forgive and forget. Biarpun tu bukan salah kita, beralah lebih baik.

Senyum. 
Lupakan yang lalu.
Maafkan dalam keadaan mengabaikan apa yang berlaku.
It was a small matter. Yang berlarutan to be a big matter.

Sunday, January 2, 2011

Lelaki minta maaf buat jantung perempuan sihat.



Oh yeahh. Dah lama agaknya aku tak update blog ni. Agak sibuk kebelakangan ni. Homework punya berlambak grrrrr. Alang-alang dah buka, teringin nak share dengan semua pasal "Lelaki minta maaf buat jantung perempuan sihat". Aku ambil point jee. Artikel penuh -Tokwan.
  • Kajian ilmuwan dari Massachusetts University membuktikan, meminta maaf yang ditujukan pada seorang perempuan boleh meningkatkan kesihatannya terutama jantung.
  • Perempuan yang dalam keadaan marah apabila mendengar perkataan maaf dapat menurunkan tekanan darahnya dan emosi kembali normal sebanyak 20% lebih cepat.
  • Sebaliknya lelaki 20% lebih lama untuk emosinya kembali normal setelah mendengar perkataan maaf kerana mendapat perlakuan tidak tenang. Mungkin seperti rasa bersalah balik kot. Lelaki lebih cendurung bekerja lebih keras dalam hal ini.
Tengok, lembut kan hati perempuan? Minta maaf dah sejuk hati. Heheh. Sayangilah antara satu sama lain dan jangan lupa berterima kasih dan meminta maaf :)