Sunday, July 10, 2011

Bersih tak bersih, yang pasti hari ini hari senyum lebar - PLKN Siri 9/2012


Hari ni hari terbaik aku, terbaik sangat. Kalau boleh, aku nak belanja sesiapa yang ada depan aku tapi itu la, time hari kegembiraan aku jugaklah habuk penuh dalam wallet. Aku buka nak caakap pasai Ambiga ka, Bersih ka, apa ka.. Yang happy sangat ni bukan apa, aku tak dapat PLKN Siri 9/2012. Tu saja. Maknanya aku boleh teruskan dengan perancangan hidup aku lepas SPM yang siap dirancang. InsyaAllah, kalau tak ada aral yang melintang, berjalanlah plan aku tu.

Kenapa yang aku tak suka sangat PLKN?

Sorry to say, buang masa. Aku boleh agak orang akan cakap aku tak ada semangat patriotik la, apa la.. Aku tak kisah sebab lepas SPM, banyak benda boleh aku buat. Lesen kereta, tolong mak abah aku ka (bajet sikit hehe) Jujur aku cakap, kalau elaun banyak, insyaAllah aku nak pi. Agak-agak, kalau semua budak otak set macam aku, bankrap kerajaan.

Senior aku ada cakap, PLKN ibarat stand for perjalanan lurus ke neraka. Aku ada dengar pengalaman diorang. Aku rasa macam susah ja nak survive kat sana. Aku pun bukan jenis yang bergaul dengan orang. Environment kat sekolah aku lain daripada sekolah lain. Tak tau nak cakap mana tapi memang aku takut nak bergaul dengan orang luar. Itu masalah aku.

Itu je lah yang aku nak membebel. Teringin nak dengar kisah orang lain yang pernah masuk PLKN :)

Sunday, June 26, 2011

Jangan terbang tinggi kalau niat pun tak betul.


Trial SPM dah nak dekat dan aku agak gelabah. Sampai sekarang, apa yang kawan aku cakap masih aku terfikir sampai sekarang. Asalnya petang hari tu nak pergi kelas Quran Sunnah. "Ikut hati memang aku tak larat nak pi tapi takpa la. Aku nak dapat A+ untuk subjek QS ni." Itu apa yang aku cakap dekat kawan aku. Selamba dia balas, "Saff, pi kelas sebab nak dapat reda oke." Agak panjang aku berfikir lepas tu. Nawaitu perlu ubah. Selama ni memang aku pi kelas tambahan semua tu sebab nak dapat 12A+ tapi aku lupa kena ikhlas. Reda Allah tu penting. Reda cikgu-cikgu. Reda ibu bapa.

Dan malam tu batang hidung aku terkena lagi. Kawan aku yang sorang ni suruh beli majalah Sinergi dekat dia. Sempat la jugak aku belek majalah tu. Cover last sekali majalah tu ada satu hadis. Makan dalam hati aku.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, "Sesiapa yang mempelajari ilmu yang boleh mendapatkan keredhaan Allah, sedangkan dia mempelajarinya kerana ingin mendapatkan habuan dunia, dia tidak akan dapat mencium bau syurga di hari akhirat kelak.”

Aku study sebab nak dapat 12A+ lepas tu boleh further study in Australia. Memang salah niat tu. Jangan terbang tinggi kalau niat pun tak betul. Berubah.

Friday, April 8, 2011

Kerana wajah itu adalah maruah.


Isnin lepas, masa aku ada kelas tambahan Bahasa Arab, ustaz aku menyentuh tentang perbuatan menampar muka. Aku agak tersentak lepas ustaz aku cakap, kita dilarang sama sekali menampar muka sesiapa pun. Aish, pernah sekali dalam sepanjang aku masih bernyawa ni, aku ada tampar adik aku sebab masa tu adik aku buat something sampai aku bengang macam gunung berapi nak meletop.

Dalam hadis riwayat Bukhari dan Muslim ditegaskan, “Dari Abi Hurairah ra, dia berkata: Rasulullah saw bersabda, ‘Apabila seseorang di antaramu memerangi saudaranya, maka jauhilah wajah.”

Ustaz aku cakap, muka kita ni adalah maruah kita. Bayangkan kalau ada orang tampar kita depan orang ramai, rasa malu tebal 10 meter. Ada pulak budak kelas aku tanya, macam mana kalau mak tampar anak? Ustaz aku cakap, tak kiralah pangkat apa-apa pun - mak, cikgu, abah, tua ke muda ke - memang dilarang tampar orang lain walaupun dengan alasan mendidik. Emm, bila fikir balik - dengan alasan nak mendidik pun tak boleh, tambah la pula tampar sebab marah, lagilah tak boleh.

Muka aku memang lain terus. Rasa bersalah, malu semua ada. Aku kena minta maaf dekat adik aku. Adeh, lemah sungguh.

Sumber lain;

Ulamak telah menyatakan antara sebab-sebab kenapa Rasulullah SAW melarang kita menampar wajah:
  • Muka ada anggota lembut serta menghimpunkan segala kebaikan.
  • Anggota yang ada padanya sangat bernilai.
  • Anggota yang ada padanya ada anggota panca indera seperti mata.
  • Pukulan boleh merosakkan anggota penting ini , mengurangkannya, menghodohkannya atau cacat.
  • Kerosakan akibat pukulan di muka tidak boleh disembunyikan kerana ia adalah anggota yang jelas.
Tampar manja takpa kot nohh, hehehe.

Saturday, March 19, 2011

Aku tak puas hati 'kathoey' (bapok kot) ni cun lagi daripada aku.



Oh crap. Semalam, aku usha blog Hanief, aku sangat tak puas hati dengan Bell Nuntita ni. Suara sedap, muka memang cun. Aku rasa kalau dia masuk Miss Universe, memang boleh menang. Kawan aku sendiri pun cakap kalau dia laki, dah lama mengurat Bell ni. Aku try google Bell ni, dia ada fan page yang peminat buat dekat dia. Tapi amatlah malang tersangat-sangatlah malang bila Bell Nuntita ni sebenarnya ladyboy - dua alam. Dia lelaki yang 'evolved' into an extremely gorgeous beautiful pretty sweet female. Tu yang aku tak puas hati.


Dia masuk satu program - Thailand's Got Thailand. First dia nyanyi, aku puji gila laaaaa sebab suara dia memang sedap. Juri pun teruja tapi tiba-tiba suara jantan dia keluar. Aku ingatkan kot la ada backup singer ke hapa, rupanya memang suara dia. Damn, aku baru nak kenalkan dekat abang aku suruh buat bini [?] Tengok video ni, freaking horrible okeee. Dan yang paling haremmmmm sekali, at the end of this video ada dua mamat (maybe pengacara kot) peluang dia ketat lagi kejap. Eeeuuuwww.

Friday, March 18, 2011

Mentaliti orang kita.



Cakap pakai patella.

Sebelum ni Berita Harian buat kontroversi pasal Ultraman dengan tsunami. Sekarang ni Datin Rosmah pulak. Ini pendapat aku terhadap video Datin Rosmah yang mebayangkan tragedi yang menimpa Jepun akibat kelalaian negara itu melaksanakan pembangunan mesra alam. Ohh, kenapa la mesti kena fikir macam ni? Earthquake langsung tak ada kaitan dengan climate change or pembangunan apa-apa. Gempa bumi, adalah suatu fenomena pergerakan permukaan bumi disebabkan oleh pergerakan yang mengejut di permukaan bumi yang berbatu. Gempa bumi berlaku apabila tenaga yang tersimpan dalam bumi, biasanya di dalam bentuk geseran batu, tiba-tiba terlepas [WiKi]

Eh, Jepun tu dah cukup green oke. Syukurlah Malaysia ada di luar Lingkaran Api Pasifik. Aku rasa kalau Malaysia kena macam Jepun tu, haihh hilang terus dari peta kot.

Tahyul mahyul sana sini.

"Ohh come on! Macam ni lah cerita Melayuu, dah mati, jadi hantu pulak, entah apahapa -.-' *merujuk kepada cerita Kemboja Putih." Itu apa yang kawan aku cakap. Bila fikir balik betul-lah. Percaya sangat tahyul mahyul ni. Semua ni strategi syaitan. Tukar minda, kita beriman dengan perkara ghaib macam wujudnya syurga dan neraka, malaikat etc. Bukan bomoh dukun pawang santau hantu raya etc. Filem melayu pun satu hal :


Bila speaking BI, dikutuk pulun.

Yang jenis ni memang otak tak maju. Ada otak, tak mau pikiaq, ada akai, tak mau pakai. Ni respon aku terhadap video Kami Benci IniAnwarHadi. Aku cari balik video tu tapi dah di-remove. Oh pengecut sungguh. Sorang belagak alim, sorang macam pejuang entah apa apa, sorang macam rempit melalak nyanyi lagu untuk Anwar Hadi tu. Biarlah dia speaking pun, sekurang-kurang dia bertamadun. Sikap sesetengah orang Melayu yang pantang orang yang ber-speaking ni membuatkan masyarakat orang Melayu tak ada kemajuan dalam berfikir. Post kawan aku ni sangat membuka mata orang yang narrow minded pasal speaking BI ni: Fartvxqhlovate

Sunday, February 6, 2011

Arsenal hangus, Manchester United kalah buat kali pertama.



Sanggup aku bersengkang mata nak tengok Man U lawan, last-last kalah macam tu saja. Dah la kalah dengan team underdog, Wolve, memang tak boleh belah. Syabas buat Wolves sebab berjaya leburkan impian Alex Ferguson untuk kelabnya terus kekal rekod tanpa kalah. Serius cakap, bila Wolves dah lead 2-1, hati berdebar gila tak terkata. Aku memang kipas-susah-mati Man U.


Apa yang aku dapat bagi pendapat, players Man U banyak lepaskan peluang nak sumbat gol especially Rooney. Adik aku cakap dia macam pengkhianat tak nak bagi gol untuk Man U. Kerja tunggu bola tapi tak sumbat pun gol. 1st half, Man U memang teruk cara main. Last minute nak dekat dekat habis, baru nak pulun nak sumbat gol tapi satu habuk pun tak masuk. Scholes punya pulun nak sumbat gol sampai tertolak bola dengan tangan tapi tak masuk pun. Kesian la juga aku tengok HAHA. Player kesayangan aku, Berbatov main kejap saja sampai second half, lepas tu tukar dengan player lain. Kempunan nak tengok Berbatov tanduk bola. Alex Ferguson kerja tengok jam.


Arsenal pun satu hal. Mula-mula lead 4-0 memang selesa dah. Aku siap loncat-loncat Van Persie bagi 2 gol tapi Newcastle agak hebat sebab boleh kejar sampai jadi seri. Tapi aku tak kagum sangat sebab gol Newcastle tu pun gol penalti disumbat oleh Barton. Aku tak berapa pandang sangat gol penalti ni. HEHE. Aku sekarang tengah tunggu Liverpool lawan Chelsea. Aku nak tengok Liverpool belasah Chelsea, biar Torres tercabut biji mata, biar orang fikir pembelian Torres ni satu kerugian sampai Chelsea terpaksa jual lima bintang bola sepak yang lain. Sesungguhnya Torres dah hilang bisa.


Tapi tak apa, Man U tetap di tangga teratas dengan 54 mata diikuti dengan Arsenal, 50. Manchester City membelasah West Bromwich Albion 3-0 dan duduk di tangga ke-3 buat masa sekarang. Terbaik punya, Everton belasah Blackpool 5-3. Kesimpulan daripada Arsenal dan Man U yang hangus ni, tak semestinya yang hebat itu akan sentiasa hebat.

Friday, February 4, 2011

WikiLeaks dicalonkan untuk Hadiah Nobel Keamanan 2011


Barrack Obama terima Hadiah Nobel Keamanan 2009, Liu Xiaobo pula tahun 2010 dan untuk tahun 2011, web yang begitu kontroversi ala-ala pisang goreng panas, WikiLeaks dicalonkan untuk Hadiah Nobel Keamanan 2011. Serius tak sangka, WikiLeaks yang kerja dia dedah rahsia kerajaan tercalon. Aku rasa tak perlu lah untuk aku ceritakan apa WikiLeaks ni. Semua orang tahu. Tapi kalau ada yang tak tahu tu, tak tau nak cakap apa - katak bawah tempurung kot. Jenis blur punya orang haha.

Snorre Valen, ahli parlimen Norway adalah orang yang mencalonkan WikiLeaks untuk hadiah nobel ni dengan alasan WikiLeaks telah menyumbang terhadap perjuangan untuk hak asasi manusia, demokrasi dan kebebasan bersuara, dengan memdedahkan jenayah dan penyeksaan. Valen cakap, pencalonan ni adalah untuk menyokong kebebasan bersuara. "Even though I do not approve of everything WikiLeaks does, I think it's very important to protect the freedom of speech and the transparency WikiLeaks represents"

WikiLeaks founder sure happy gila-gila. Tapi, Nobel Peace Prize expert Kristian Berg Harpviken cakap pencalonan WikiLeaks tak mungkin. Wkileaks terlalu kontroversi - pendedahan maklumat-maklumat rahsia terhadap orang ramai sangat bahaya terhadap individu-individu tertentu. Hem, buat masa sekarang WikiLeaks founder Julian Assange tengah tunggu sama ada England akan hantar dia ke Sweden untuk disoal atas tuduhan seksual ke atas dua orang perempuan Sweden. Pendapat aku sendiri, aku kurang setuju tapi macam setuju ada juga sebab aku pun sokong kebebasan bersuara hehehe. Tapi WikiLeaks ni terlebih bersuara. DW-WORLD.DE Mashable

Thursday, February 3, 2011

Gelora Mesir.



Dengar saja Mesir ada rusuhan, teringat aku dekat senior-senior sekolah aku yang ada dekat Mesir sekarang. Harap tak ada apa-apa yang jadi. Banyak sangat post pasal revolusi untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Hosni Mubarak ni. Aku malas nak ulas. Banyak site yang boleh refer. Beribu-ribu student Malaysia dekat Mesir. Ex-student sekolah aku pun ramai dekat sana. Kalau tak salah, lebih kurang 11 000 rakyat Malaysia dan kebanyakkannya student la dekat sana. Menurut Bernama 1 FEB 2011, Pelajar Malaysia berpindah ke Rumah Malaysia di Abasia. Seramai 500 pelajar Malaysia akan berpindah secara berperingkat-peringkat dari kediaman masing-masing ke Rumah Melayu Abasiah Mesir (Arma) di Abasiah, Kaherah mulai hari ini (1/2/2011) 

Students Malaysia dekat sana dah lost contact memandangkan internet dengan mobile network dah kena block. Students Malaysia just tahu keadaan dekat luar through berita dekat televisyen dan radio sebab kerajaan Mesir potong internet connection sebab nak elak penyebaran anasir berunsur hasutan.

Sekarang dah banyak rakyat Malaysia dekat sana yang balik ke Malaysia. Lagipun, AirAsia dah sediakan pesawat jenis A340 dan A330. Pesawat tu akan ulang alik 4 kali, bawa rakyat Malaysia ke Jeddah lepas tu transit sekejap. Then, baru ke Malaysia.

Haih, keadaan tak terkawal. Balai polis kena bom, penjara kena pecah, lebih 6000 banduan loncat-loncat seronok. Keselamatan memang tak terjamin dah. Just wondering, macam mana kalau terjadi dekat Malaysia? Nauzubillah. Aku bersyukur negara aku aman walaupun harga barang selalu naik. Minyak pun mahal. Aku nak moto pi kelas tuition nak keluar duit sendiri. Sengkek. Dekat sini - SQUAD PERHUBUNGAN SEMENTARA MESIR-MALAYSIA, blog yang sentiasa update pasal keadaan dekat sana.

Tadi dekat 9GAG, aku jumpa something - Explaining The Egyptian Revolution To Americans Through A Medium They All Understand. Menjelaskan isu yang terjadi dekat Mesir sekarang dalam bentuk poster Indiana Jones. Fakta tu betul ke tak?

Saturday, January 29, 2011

Kerana guru itu aku akan berusaha.

Cinta yang hakiki yang didasarkan kerana Allah semata-mata, ialah bila kita mencintai seseorang bukan kerana peribadinya, malah kerana kelebihan-kelebihannya yang bergantung dengan keakhiratannya. Misal cinta itu ialah: Seseorang yang mencintai gurunya sebab menerusi guru itu ia akan memperolehi ilmu pengetahuan yang akan memperbaiki amalannya. Sedang tujuan utama dari menuntut ilmu pengetahuan dan amalan yang baik itu, ialah keselamatan diri di Hari Akhirat. Inilah yang dikatakan antara contoh-contoh cinta kerana Allah semata-mata.

Tujuan aku post entri pasal guru, sebab cikgu (Sir Said) di sekolah aku akan berpindah. Memang terasa gila sedih even Sir baru ajar aku tahun ni. Aku suka Sir, beliau selalu bagi semangat dekat budak-budak. Memandangkan kami semua Tingkatan 5 tahun ni dan beliau pegang kami, beliau berusaha nak didik kami, SPM kasi gempak. Semua cikgu dekat sekolah aku nak yang terbaik daripada kami.

Bila aku naik Tingkatan 5 ni, baru aku dapat kesedaran sedikit demi sedikit. Aku mengaku, aku bukan student yang tip top disiplinnya, akademik pun dua kali lima. Dalam kelas pun banyak main, tidur. Bila dah naik 16-17, baru otak aku ni matang sikit. Sampai bila aku nak main-main? Kalau aku dapat ilmu pun, macam tak berkat kan? Rasa bersalah tak payah cakap la, sangat-sangat. :(

Hati cikgu ni kena jaga. Garang macam mana pun, jangan benci. Halang kita nak dapat ilmu, bahaya. Cikgu yang garang inilah mendidik budak-budak menjadi terbaik dari ladang. Garangnya mereka, pendidikan terjaga. Garangnya mereka, budak-budak mendengar kata dan tidak berani melawan. Garang mereka mendidik. Garang mereka kerana sayang.

Aku akan berusaha untuk mak abah, cikgu-cikgu dan diri sendiri.

Buat yang ditimpa dugaan, ini mungkin satu akan menenangkan anda.

KENAPA SAYA DIUJI?
" Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan ;"Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." ( Surah Al-Ankabut ayat 2-3 )


KENAPA SAYA TAK DAPAT APA YANG SAYA IDAMKAN ?
" Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." ( Surah Al-Baqarah ayat 216 )


KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
" Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya..." 
( Surah Al-Baqarah ayat 286 )

RASA FRUST?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." 
(Surah Al-Imran ayat 139)

BAGAIMANA HARUS SAYA MENGHADAPINYA?
" Wahai orang-orang yang beriman ! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan) dan bersedialah ( dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan ) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan )." 
( Surah Al-Imran ayat 200 )

" Dan mintalah pertolongan (kepada Allah ) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" 
( Surah Al-Baqarah ayat 45 )

APA YANG SAYA DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka..." 
( Surah At-Taubah ayat 111 )

KEPADA SIAPA SAYA BERHARAP?
".. Cukuplah Allah bagiku, tiada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.." 
( Surah At-Taubah ayat 129 )

DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI !!!!!
"..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.."

p/s: Harus ada rasa bersyukur di setiap kali ujian menjelma. Itu jelasnya membuktikan Allah mengasihimu setiap masa. Diuji tahap keimanan sedang ramai terbiar dilalaikan. Hanya yang terpilih sahaja antara berjuta mendapat rahmatnya. Allah rindu mendengarkan rintihanmu berpanjangan. Bersyukurlah dan tabahlah menghadap. MESTICA - Rahmat. Thank you Nursyaza Nadiah, your note really make me cry.

Friday, January 21, 2011

Forgive everyone for the sake of ukhuwah.



Lumrah kalau kita kawan, mesti ada juga bergaduh dan aku tak terkecuali daripadanya. Kadang-kadang benda kecil pun boleh jadi besar. Entri ni bukan untuk menyentap hati sesiapa, tapi ini apa yang aku belajar. Experience is the best teacher oke. Bila dah bergaduh, ego kita memang dibina setinggi-tinggi langit ketujuh untuk meminta maaf. Hang tolak aku, aku tolak hang. Sampai bila nak berdamai? Tunggu kiamat baru nak damai? Tak salah rasanya kalau kita rendahkan ego kita atas dasar persahabatan yang dibina.


لا يحل لمسلم أن يهجر أخاه فوق ثلاث , يلتقيان فصد هذا ويصد هذا , وخيرهما الذى يبداء بالسلام


Maksudnya : Tidak halal bagi seorang Islam itu tidak menegur sapa saudaranya lebih daripada tiga hari, berjumpa keduanya maka berpaling seorang ke tempat lain dan seorang lagi ketempat lain. Yang lebih baik daripada dua orang ini ialah siapa yang memulakan salam.

Aku tak nafikan hati memang rasa marah, tabiat manusia kan? Kita dilarang untuk tidak berdamai lebih daripada 3 hari. Jadi gunakan sebaik-baik 3 hari tu untuk kita redakan marah dan lepas tu, let's us forgive and forget. Biarpun tu bukan salah kita, beralah lebih baik.

Senyum. 
Lupakan yang lalu.
Maafkan dalam keadaan mengabaikan apa yang berlaku.
It was a small matter. Yang berlarutan to be a big matter.

Sunday, January 2, 2011

Lelaki minta maaf buat jantung perempuan sihat.



Oh yeahh. Dah lama agaknya aku tak update blog ni. Agak sibuk kebelakangan ni. Homework punya berlambak grrrrr. Alang-alang dah buka, teringin nak share dengan semua pasal "Lelaki minta maaf buat jantung perempuan sihat". Aku ambil point jee. Artikel penuh -Tokwan.
  • Kajian ilmuwan dari Massachusetts University membuktikan, meminta maaf yang ditujukan pada seorang perempuan boleh meningkatkan kesihatannya terutama jantung.
  • Perempuan yang dalam keadaan marah apabila mendengar perkataan maaf dapat menurunkan tekanan darahnya dan emosi kembali normal sebanyak 20% lebih cepat.
  • Sebaliknya lelaki 20% lebih lama untuk emosinya kembali normal setelah mendengar perkataan maaf kerana mendapat perlakuan tidak tenang. Mungkin seperti rasa bersalah balik kot. Lelaki lebih cendurung bekerja lebih keras dalam hal ini.
Tengok, lembut kan hati perempuan? Minta maaf dah sejuk hati. Heheh. Sayangilah antara satu sama lain dan jangan lupa berterima kasih dan meminta maaf :)