Friday, December 3, 2010

ROCKMELT - Social Web Browser yang terbaru.



Pernah dengar pasal RockMelt? Okeh, RockMelt ialah social web browser yang terbaru. Tim Howes dan Eric Vishria pengasas kepada RockMelt ni. Browser RockMelt membuatkan kita lebih mudah untuk meng-update, men-tweet dan berbagi konten melalui Facebook, Twitter dan laman web sosial yang lain. Aku masih tercari cari features RockMelt ni. Bagi aku paparan dia agak best.

Aku masih baru dalam menggunakan RockMelt ni. Kalau tengok video RockMelt, cukup untuk aku kata awesome. RockMelt buat masa sekarang masih BETA.





Screenshot

Setakat ini, aku belum dapat kesan keburukan walaupun aku dah baca review  manusia tentang RockMelt ni. Aku pun baru guna semalam. Cuma Facebook Photo Zoom tak ada untuk RockMelt. Aku harap lepas ni ada la. Pakai RockMelt sekalipun kita boleh import semua favourite/bookmarks, saved password plus browsing history dari web browser yang sebelum ni korang pakai ke RockMelt. Bila bukak RockMelt, dia memang akan connect ke Facebook. Cuba try test-lah, baru dapat rasa RockMelt ni. Memang cukup mudah untuk connect dengan semua laman sosial. Itu yang aku suka, pasti.


UPDATE !


Setelah berhempas pulas aku mencari keburukan RockMelt, mungkin Arib boleh jawab soalan aku ni. Dia buat prbandingan dengan satu lagi social web browser iaitu Flock. Check it out !

Wednesday, December 1, 2010

Rokok dan surah Yasin. Relevankah?



Iklan ni memang tak pernah ada lagi dekat Malaysia. Kalau tak silap iklan ni ditayangkan di Indonesia. Aku bukan apa, kerana iklan ini, aku kecewa. Surah-surah dalam Al Quran untuk dibuat main. Aku faham apa yang ingin disampaikan dalam iklan ni tapi penggunaan Surah Yasin bagi aku tak sesuai. Seolah-olah mempersendakannya.




  • Aku puji orang yang bagi idea utk buat iklan macam ni, sangat menarik. Aku sendiri tak terfikir.
  • Tapi, relevankah penggunaa surah Yasin itu? Nampak macam dipersenda, kan?
Gajah mati meninggalkan gading, harimau mati meninggalkan kulit, manusia mati meninggal dunia. Jangan merokok.



Credit to: Imah Ismail