Monday, November 22, 2010

Home » , » Silap besar kalau buat mak ayah korang titiskan air mata walau setitis.

Silap besar kalau buat mak ayah korang titiskan air mata walau setitis.

Dia tetap anak saya. Kata seorang ibu. Walaupun sering dicederakan anak sendiri, tapi beliau tak merungut pun. Tetap jaga anak beliau yang sakit mental. Dia tetap sediakan bekal makanan kepada anaknya setiap kali anaknya datang ke tempat kerjanya. Beliau tahu, anaknya tak mengerti apa. Tidak bersalah.


Kisah yang aku baca dalam surat khabar sensasi Harian Metro ni buat aku teringat time aku demam tempoh hari. Mak aku papah aku untuk dibawa ke hospital sebab sendi aku memang sakit. Aku fikir balik, nanti aku dah besar..masih mampukah aku untuk berpegang pada janji aku nak jaga mak ayah aku? Yelah manusia, dunia mampu mengawalnya. Nauzubillah.


Sekarang, ramai anak yang sanggup lukakan hati mak ayah diorang? Diorang tak tahu ke redha Allah terletak pada redha mak ayah. Silap besar kalau buat mak ayah titiskan air mata walau setitis.


Aku tak dapat bayangkan betapa hancurnya hati mak ayah tu kalau anak diorang tu pernah terlanjur? Ada mak ayah percaya kawan anak datang ke rumah untuk belajar tetapi akhirnya padah menimpa apabila alasan belajar diberi akhirnya di bilik tidur. Tergamak dia hancurkan kepercayaan mak ayah dia. Dalam kalangan rakan seusia, kami biasa melihat video lucah. Bercerita mengenai seks juga satu kebiasaan buat kami sejak berusia 12 tahun lagi. Itu kata seorang gadis.


Apakah rasanya seorang insan yang bergelar ibu dan seorang lelaki yang bergelar bapa? Begitu dasyat penangan dunia sehingga berjaya melahirkan anak yang kurang ajar.

2 comments:

  1. kenapa ada jugak manusia yg xsedar betapa susah mak ayah nak lahir dan besarkan diorg..
    ish! nauzubillah...

    ReplyDelete
  2. mintak jauh dari jadi mcm tu...n mtk jauh jgk org2 t'dekat dgn ku jd camtu..

    ReplyDelete

Justin Guarini said,"Either positive or negative comments are good because it shows I am still relevant." So, leave your comment here :)