Saturday, November 6, 2010

Home » , » Melupuskan Al Quran.

Melupuskan Al Quran.

Aku tertarik dengan rancangan Majalah 3 tadi 6 NOV 10. Ada satu slot, tentang melupuskan Al Quran. Serius sangat sedih, bila ada jugak yang jual buang, jual or whatsoever kertas berserta isi isi Al Quran dekat tempat kitar semula kertas. Orang orang dekat tempat tuh la yang akan asingkan. Terfikir jugak, orang yang terus buang tu tak ada rasa apa apa-kah bila nak buat? Tu wahyu Allah, ada cara dan adab yang perlu ada bila nak lupus Al Quran.

Begitu tingginya Al Quran, yang manusia perlu muliakan. Atas semua ni, dalam Majalah 3 ni menayangkan bagaiman inisiatif seorang hamba Allah yang memiliki sebuah syarikat tempatan iaitu penerbitan Al-Quran Mushaf Uthmani, Percetakan Saufi menawarkan khidmat pelupusan al-Quran menerusi Pusat Pelupusan Ayat Al-Quran Percetakan Saufi di Batu 10 Cheras, Kajang, Selangor. Percetakan Saufi adalah syarikat percetakan yang telah diberi lesen oleh Bahagian Kawalan Penerbitan Teks Al-Quran Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk membekal, mengganti dan mengambil Al-Quran lama bukan Mushaf Uthmani bagi tujuan pelupusan.

Rahmat Mahdan, pemilik syarikat.

Actually, aku bukan nak fokus dekat syarikat ni. Kalau nak baca lagi pasal beliau, klik sini. cuma aku terkilahlah sedikit dengan manusia macam ni. Diriwayatkan tentang seorang sahabat menjumpai al-Quran, lalu menyapukan wangian padanya dan menyimpan di tempat tinggi. Bagi sahabat itu, Allah menjanjikannya syurga. Begitu juga Saidina Umar yang terjumpa keratan al-Quran lalu diambil dan diciumnya, Allah memberikan pahala. Begitu tingginya kemuliaan Al Quran tapi aku percaya masih ada orang yang tak reti reti nak hormat Al Quran macam ini :

4 comments:

  1. hal ini telah lama berlaku. Pernah satu ketika sekitar 92, sebuah kilang membuat tisu tandas melakukan penghinaan amat sangat. Nasib baik pekerjanya yang bertanggungjawab segera memaklumkan pihak berkuasa mengenai penemuan al-quran lama yang telah carik, digunakan untuk kitar semula...sedih kerana kita tidak wujudkan satu badan pemantau dan penguatkuasa yang memebri perhatian hal ini, terutama di segi merekod data pemilikan al-quran dan kaedah pelupusannya..(pak cik ingat tadi silap masuk rumah, hiasan dalam dah lain pulak rasanya. apa pun cantik kemas dan rapi)

    ReplyDelete
  2. ya allah..serius sgt sedih bc ni..
    kenapa ada yg sanggup wat camni..
    allah e2 maha pengampun..bertaubatlah ^^

    ReplyDelete
  3. Salam..

    saya just blogwalking..baru tahu pasal blog ni..

    ada tgk dlm majalah 3 mlm td..bagus la ada inisiatif mcm tu..at least kita tahu mcm mana nk lakukan bila jumpa quran yg dah buruk dan xboleh nk dguna..

    mmg terkilan bila ada yg conteng mcm tu..tambah dosa lg..maybe org tu kurang ilmu n didikan..wallahualam

    Anyway kalau ada masa, silalah menjelajah ke blog saya.

    regards,
    BLADE EDGE

    ReplyDelete
  4. terima kasih kerana mengambil artikel ini. teruskan berdakwah.... sama-samalah kita menjaga kalimah suci ALLAH s.w.t

    sila layari
    http://wakafalquran30/blogspot.com

    ReplyDelete

Justin Guarini said,"Either positive or negative comments are good because it shows I am still relevant." So, leave your comment here :)