Tuesday, November 30, 2010

Alat lipat baju yg cool - Lepas ni, mak abah boleh goyang kaki.

Serius cool. Aku tak larat nak ulang video nie. Alat melipat baju - lepas ni mak abah tak payah nak penat penat dah boleh goyang kaki je. Anak anak dah boleh tolong lipat baju dengan alat ni. Memang lepas ni anak-anak tak boleh bagi alasan tak larat lipat baju. Benda mudah trang tang tang dah ada depan mata, bagi alasan lagi memang nak kena tampar kepala, senget nanti.


Aku suka betul dengan orang yang otak gila kreatif. Walaupun benda yang dia reka ni nampak klasik dan tradisional, tapi aku suka sebab benda ni tak suruh kita keluar ribu-ribu nak buat. Benda murah, siapa tak suka. 


video


coooooooooooooooooooooooooooooooooooooolio !

Wednesday, November 24, 2010

Mungkin maut sudah hampir dengan anda sekiranya ada tanda ini :)


  • TANDA PERTAMA
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya.

Semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar . Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.

Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

  • TANDA 40 HARI
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.

Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

  • TANDA 7 HARI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

  • TANDA 3 HARI
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
  • TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

  • TANDA AKHIR
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Sumber: Fanpage Blog Oh Malaysia !

P/s: Semakin bertambah umur, semakin dekat kita dengan kematian :)

Monday, November 22, 2010

Silap besar kalau buat mak ayah korang titiskan air mata walau setitis.

Dia tetap anak saya. Kata seorang ibu. Walaupun sering dicederakan anak sendiri, tapi beliau tak merungut pun. Tetap jaga anak beliau yang sakit mental. Dia tetap sediakan bekal makanan kepada anaknya setiap kali anaknya datang ke tempat kerjanya. Beliau tahu, anaknya tak mengerti apa. Tidak bersalah.


Kisah yang aku baca dalam surat khabar sensasi Harian Metro ni buat aku teringat time aku demam tempoh hari. Mak aku papah aku untuk dibawa ke hospital sebab sendi aku memang sakit. Aku fikir balik, nanti aku dah besar..masih mampukah aku untuk berpegang pada janji aku nak jaga mak ayah aku? Yelah manusia, dunia mampu mengawalnya. Nauzubillah.


Sekarang, ramai anak yang sanggup lukakan hati mak ayah diorang? Diorang tak tahu ke redha Allah terletak pada redha mak ayah. Silap besar kalau buat mak ayah titiskan air mata walau setitis.


Aku tak dapat bayangkan betapa hancurnya hati mak ayah tu kalau anak diorang tu pernah terlanjur? Ada mak ayah percaya kawan anak datang ke rumah untuk belajar tetapi akhirnya padah menimpa apabila alasan belajar diberi akhirnya di bilik tidur. Tergamak dia hancurkan kepercayaan mak ayah dia. Dalam kalangan rakan seusia, kami biasa melihat video lucah. Bercerita mengenai seks juga satu kebiasaan buat kami sejak berusia 12 tahun lagi. Itu kata seorang gadis.


Apakah rasanya seorang insan yang bergelar ibu dan seorang lelaki yang bergelar bapa? Begitu dasyat penangan dunia sehingga berjaya melahirkan anak yang kurang ajar.

Saturday, November 6, 2010

Melupuskan Al Quran.

Aku tertarik dengan rancangan Majalah 3 tadi 6 NOV 10. Ada satu slot, tentang melupuskan Al Quran. Serius sangat sedih, bila ada jugak yang jual buang, jual or whatsoever kertas berserta isi isi Al Quran dekat tempat kitar semula kertas. Orang orang dekat tempat tuh la yang akan asingkan. Terfikir jugak, orang yang terus buang tu tak ada rasa apa apa-kah bila nak buat? Tu wahyu Allah, ada cara dan adab yang perlu ada bila nak lupus Al Quran.

Begitu tingginya Al Quran, yang manusia perlu muliakan. Atas semua ni, dalam Majalah 3 ni menayangkan bagaiman inisiatif seorang hamba Allah yang memiliki sebuah syarikat tempatan iaitu penerbitan Al-Quran Mushaf Uthmani, Percetakan Saufi menawarkan khidmat pelupusan al-Quran menerusi Pusat Pelupusan Ayat Al-Quran Percetakan Saufi di Batu 10 Cheras, Kajang, Selangor. Percetakan Saufi adalah syarikat percetakan yang telah diberi lesen oleh Bahagian Kawalan Penerbitan Teks Al-Quran Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk membekal, mengganti dan mengambil Al-Quran lama bukan Mushaf Uthmani bagi tujuan pelupusan.

Rahmat Mahdan, pemilik syarikat.

Actually, aku bukan nak fokus dekat syarikat ni. Kalau nak baca lagi pasal beliau, klik sini. cuma aku terkilahlah sedikit dengan manusia macam ni. Diriwayatkan tentang seorang sahabat menjumpai al-Quran, lalu menyapukan wangian padanya dan menyimpan di tempat tinggi. Bagi sahabat itu, Allah menjanjikannya syurga. Begitu juga Saidina Umar yang terjumpa keratan al-Quran lalu diambil dan diciumnya, Allah memberikan pahala. Begitu tingginya kemuliaan Al Quran tapi aku percaya masih ada orang yang tak reti reti nak hormat Al Quran macam ini :

Friday, November 5, 2010

Tak lulus exam, kena kahwin.

Lama sangat tak jenguk pun tak blog ni sebab final exam. Padahal study tak tegha mana sangat. Kecoh jee lebih hahaha. Tinggal satu subjek lagi jaa tapi buat serupa dah habis SPM. Bila dah lepas habis exam ni, otak mula la pikiaq macam macam nak buat. Macam kawan-kawan aku nie, diorang nak kahwin. Kahwin? Tengok gambar dekat atas rasa macam nak kahwin. Hehehe.

Lepas exam nak kahwin.
Klik nak baca. Memang hampeh la. Hahaha. Boleh pulak.

Tak lulus exam, kena kahwin.


Cakap pasal kahwin, mak aku pernah cakap lawak lawak time nak exam PMR dulu, "Tak lulus exam, mak bagi hang menikah la nohh." Sekarang ni dah nak ambil SPM next year, mak aku cakap lagi sekali benda yang sama. Mak oii, boleh jugak. Tak payah nak pikiaq belajaq. Sumpah kalau aku cakap macam ni kat mak aku, tidur luar la gamaknya. Meghela sangat nak kahwin. Lagi sekali mak aku cakap, "Mak lepas habis exam, tok hang bagi menikah terus. keputusan periksa mak cukup cukup makan jaa. sekadar nak kerja jadi suri rumah boleh la. hang jangan jadi macam mak pulak. belajaq elok elok." Tetiba jaa sayu, sobs sobs. Tak apa lah mak, kakak berjanji belajar sungguh sungguh.

Wondering..macam mana kalau betul aku kena kahwin lepas SPM? أستغفرالله, nauzubillah. Taknak aku.