Friday, October 1, 2010

Home » , » Tudung fesyen Arini, tudung Kristian?

Tudung fesyen Arini, tudung Kristian?

Sejarah pemakaian tudung ini sebenarnya bermula berkurun lamanya. Pada zaman Judeo-Kristian membuktikan pemakaian tudung yang biasanya dipakai oleh rahib wanita mereka.Cuba perhatikan pemakaian rahib wanita? Mereka memakai tudung tetapi tidak menutup dada, tetapi tudungnya labuh ke belakang. Oleh itu apabila kedatangan Islam,setiap wanita diperintahkan Allah S.W.T untuk melabuhkan tudung kepala mereka menutupi bahagian dada. Melalui cara ini ia dapat dibezakan antara rahib wanita dan juga Wanita Islam yang terlalu istimewa pemakaian tudung.

Menurut hadis yang diriwayatkan Bukhari, Aisyah radiallahuanha menceritakan kisah ketika Surah An Nur ayat 31 diturunkan di Madinah wanita mukmin Ansar dan Muhajirin terus melaksanakan perintah ini serta-merta tanpa banyak soal dengan mencari apa sahaja kain di sekeliling mereka lalu bertudung dengannya sebagai membenarkan dan membuktikan iman kepada apa yang Allah perintahkan. Tanpa mempertikai apa-apa.

Hadis nabi :"barangsiapa yang meniru sesuatu kaum, maka ia termasuk dari kalangan mereka" – riwayat Abu Daud.

Sebab salahnya memakai tudung macam ni:

  • Menampakkan bentuk leher dan sanggul yang tinggi seperti bonggol unta
  • Tudung terlalu singkat dan tidak menutup dada sehingga menampakkan bentuk badan. Tudung sekadar menutup kepala dan rambut..tapi nasi lemak lima kupang masih jelas kelihatan.

Tujuan aku post menda nie, bukan apa, sekadar memberi pandangan. Tak salah la kalau pakai tudung ni, cuma yang salah bila dia sesangat pendek dan melekat lekat. Memang bila dah melekat, nampak semua. Dah boleh scan.

6 comments:

  1. tudung yg kak as pakai tadi ok je, walopon kain melekat tp sbb byk curve, it hides.

    tp yg org g pin kat leher tu xnmpk lawa pon.. huhuhu ..

    as usual, pakai ape pon pakai la, asal ikut syariat. kalau da tersenarai kesalahan2 atas tu, kambus la balik mana kurang , kan? :D

    ReplyDelete
  2. nak wt post komen benda alah ni nanti yek :)

    ReplyDelete
  3. eh,,x ley nampak berbonggol kat kepala ea..tp lau rambut pnjg,,kite ikat,,then pakai tudung,,mst jd berboggol jugak kn??huhu..konfius..

    ReplyDelete
  4. nak fesyen sangat smpai lupa tanggungjawab sebenar pakai tudung tu..kite memang tak suka ada bonggol22 ni..tak lawa..lagi yg letak pin kat blakang tu..cam hape je ropenye

    ReplyDelete
  5. mengenai komen emi, saya ada tanya sal ni dengan Ustaz Hasrizal di www.saifulislam.com tentg rambut pnjag.. jawapnnya mcm ni -

    "dah rambut panjang, nk buat camana still kena sanggul. tapi tak perlulah dibesarkan mana yg kecil. dan tak perlu ditonjolkan apa yg sedia besar. ie kalau bersanggul, tak perlu ditinggikan.

    jenuh gak kalau nak detailkan semua benda, sampai nak tahu saiz sebesar mana, sampai level mana and so forth."

    Ini bini ustaz tu yg jawab.. harap membantu.. hehe..

    ReplyDelete
  6. memang ramai yang tak faham konsep sebenar bertudung mengikut syariat Islam.

    ReplyDelete

Justin Guarini said,"Either positive or negative comments are good because it shows I am still relevant." So, leave your comment here :)