Saturday, October 2, 2010

Home » » Calon SPM - Mengapa Salah? #1

Calon SPM - Mengapa Salah? #1



Tadi pagi baru ja ada teknik jawab soalan dengan Munsyi Dewan Bahasa dan Pustaka, Mohd Salleh Hassan dan serius - banyak info yang aku dapat dan aku yakin la kan, tak ramai yang tau pasal info ni. dan insyaAllah, ia akan membantu SPM candidate ni. Baca baca. Dan ini agak penting dalam memartabatkan bahasa ibunda kita. Aku tengok, kalau dekat luar tu, macam-macam Bahasa melayu yang telah disingkatkan. Aku paling benci 'Bahasa Jew' - Hyee, apew kabew? Cihat?. Sekadar guna bahasa pasar, aku oke lagi.

Mengapa salah?
Ni time slot tatabahasa. Mai nak bagi tau sikit yang:
  • Sedia maklum bahawa perkataan mini akan ada kat hujung objek uh contoh macam telekung mini, bukan mini telekung tau. Tapi, sesetengah word ada yang boleh mini kat depan. Contoh: minikomputer. Ia dibenarkan sebab minikomputer salah satu istilah dalam bidang komputer nie. Contoh lain macam miniskirt. Ia dibenarkan sebab istilah dalam bidang fesyen.
  • Papan tanda Dilarang merokok adalah satu ayat yang salah sebab kata perintah tak boleh diikuti dengan imbuhan 'me' or sewaktu dengannya laa. Sepatutnya kena letak Dilarang hisap rokok. Kang bubuh Dilarang Rokok, lagi macam pelik.
  • Saya tidak menyangka sekolah ini sudi menjemput saya bagi menyampaikan ceramah. Menjemput tu salah dan mesti kena ganti dengan mengundang. Sebab apa aku tak tau sebab time tu tengah pekak dengan MP3. Usually kita tengok kad kahwin, sure tulis jemputan perkahwinan. Act, kena tukar dengan undangan perkahwinan.
  • FYI, perkataan internet mesti eja mula dengan huruf besar.
  • Ali bertanya kepada ibunya siapakah yang bertandang ke rumah mereka semalam. Ayat tu 100% salah ! Ayat penyata, tak boleh ada kata tanya. Sekali ada, terus salah ayat tu. Kalau nak ubah jadi betul, buat macam nie: Ali bertanya kepada ibunya tentang orang yang bertandang ke rumah mereka semalam.
  • Ramai pelajar yang menghadiri ceramah pada hari ini. Okeh, ayat ni cacat sikit bila ada yang tu. Kalau ada yang, kat belakang ayat tu kena ada ayat lain sikit. Contoh: Ramai pelajar yang menghadiri ceramah pada hari ini mendapat manfaat. Baru lengkap la der.
  • Seperti yang kita sedia maklum, bila dah ada imbuhan 'memper' tak perlu lagi ada imbuhan 'i' kat belakang tu. Selalu ayat mesti salah sebab ada word macam ni: memperolehi. Cukup sekadar memperoleh. Tapi ! Ada 4 words yang boleh kita letak imbuhan 'memper...i'. Perkataan tersebut ialah: ingat, kawan, suami, isteri .
Tadi En Salleh tuh ada test kami, test mengeja. Word dia memang simple tapi tak ada seorang pun yang betul semua. Oke nak tanya:

Adakah ejaan bihun betul?
Adakah ejaan koey teow betul?
Adakah ejaan kerinting betul?

Kalau nak tau, tunggu next entri. Banyak lagi nak cerita. Pasal bahagian karangan, plus nak bagi tau soalan spot utk SPM tahun ni. Share ilmu, tak rugi pun.

7 comments:

  1. jemput tu, orang mai ambik org yg dijemput tu. kira kena escort la org dijemput tu dri tempat dia berada sampai tmpt yg ditujui.

    undang, undanglah. mai kenduri kahwin, etc2.

    ReplyDelete
  2. bihun - mihun

    koey teow - kuetiau

    kerinting - ????

    ReplyDelete
  3. hahahaha...cikgu bagi tutorial dan lecture dalam satu pakej untuk budak SPM. bagus tu...SPM dah dekat

    ReplyDelete
  4. " plus nak bagi tau soalan spot utk SPM tahun nie."
    sila! ahha xD

    ReplyDelete
  5. kuetiau salah? bukan mcm ni ka ejaan dia? aish. pelik ni.

    kerinting -keringting? hahahaha:)

    ReplyDelete
  6. afiq, kerinting eja dia, keriting. takdak n.

    ReplyDelete

Justin Guarini said,"Either positive or negative comments are good because it shows I am still relevant." So, leave your comment here :)