Thursday, September 16, 2010

Home » » Kronologi pembunuhan Datuk Sosilawati dan 3 lagi mangsa.

Kronologi pembunuhan Datuk Sosilawati dan 3 lagi mangsa.

Aku tak pernah lagi post pasal kes pembunuhan Datuk Sosilawati. Bukan bermakna tak prihatin, tapi tunggu sehingga kes selesai, dan boleh post tentang rentetan peristiwa pembunuhan ini. Takziah diucapkan pada keluarga Datuk Sosilawati dan keluarga 3 lagi mangsa pembunuhan kejam ini. manusia sekarang memang dah hilang perikemanusian ini. Lagi bengang bila ada lagi kes mualaf bunuh ustazah dengan anaknya. Manusia sekarang laaa ihh...


30 OGOS 2010
Datuk Sosilawati Lawiya, 47 bersama peguam, Ahmad Kamil Abd Karim, 32 dan pemandu peribadi beliau, Kamaruddin Shamsudin, 44 serta pegawai bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38 meninggalkan pejabat di Kampung Baru sebelum ke Banting atas urusan perniagaan. Noorhisham menghubungi isterinya untuk memaklumkan beliau tidak akan pulang tiga hari melalui telefon pada malam 30 Ogos.


31 OGOS 2010
Ahli keluarga mula membuat laporan apabila mereka semua gagal untuk dihubungi.


2 SEPTEMBER 2010
Datuk Sosilawati dilihat kali terakhir bersama dengan peguamnya membeli kerepek di kedai Fazz Enterprise Kerepek House di Kampung Sungai Lang, Banting pada jam 4 petang.

6 SEPTEMBER 2010
Media melaporkan Datuk Sosilawati Lawiya, 30 Ogos lalu selepas urus niaga pembelian tanah di Banting
bersama peguam, pegawai bank CIMB dan pemandunya, Kamaruddin Shansuddin. Sosilawati dikatakan membawa RM4 juta bersamanya.


7 SEPTEMBER 2010
Dua kereta BMW milik Datuk Sosilawati dan Encik Ahmad Kamil masing masing ditemui di Apartmen Angsana, Taman Subang Mewah, Subang Jaya, dan di depan Hotel Dorsett di SS12, Subang Jaya. Keluarga Datuk Sosilawati menafikan beliau membawa RM4 juta. Kereta jenis Proton Perdana milik Noorhisham Mohamad juga ditemui di Seksyen 7, Shah Alam. Ibu Daruk Sosolawati merayu beliau pulang untuk menyambut Aidilfitri.

8 SEPTEMBER 2010
Polis melaporkan mereka masih berada di Malaysia.

9 SEPTEMBER 2010
Media melaporkan Sosilawati disembunyikan di lokasi rahsia oleh kumpulan tertentu. Disyaki puncanya kerana perselisihan perniagaan dan kewangan.

10 SEPTEMBER 2010
Kehilangan Sosilawati dilaporkan didalangi seorang ahli perniagaan bergelar Datuk dan adiknya, seorang doktor gigi. Polis menahan lima orang suspek yang disyaki. Peguam bergelar Datuk yang turut disyaki sebagai suspek amat dikehendaki kerana memiliki rekod jenayah --- kes penipuan di Selangor.

11 SEPTEMBER 2010
Polis menjumpai tempat kejadian mangsa mangsa di bunuh dan dibakar iaitu di sebuah ladang di Teluk Gadong berdekatan dengan Tanjung Sepat, Banting selepas siasatan kepada semua suspek empat daripada mereka mengaku membunuh dan membakar keempat-empat mangsa sebelum membuang abu mereka dalam sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjung Sepat. Polis menahan remaja berusia 19 tahun.

Detik sebelum dibunuh:

Jam 10 pagi: Datuk Sosilawati masuk ke pejabatnya di Kampung Baru, Kuala Lumpur.
Jam 4 petang: Beli kerepek di Kampung Sungai Lang, Banting.
Jam 5 petang: Kamaruddin Shamsuddin, pemandu peribadi menghubungi anak saudaranya, Khairul Izuan Ismail.
Sekitar jam 5-6 petang: Sosilawati menghantar SMS kepada suami memaklumkan dia ke Banting.
8.15 malam: Noorhisham Mohammad, pegawai bank CIMB menelefon isterinya, Suzana Radim Pangat.
10 malam: Keempat-empat mangsa dibunuh dan dibakar di Ladang Gadong berhampiran Tanjung Sepat, Banting.


12 SEPTEMBER 2010
Polis mengesahkan ke semua mangsa dibunuh dan dibakar.

13 SEPTEMBER 2010
Siasatan polis mendapati wang bernilai jutaan ringgit yang dipindahkan daripada akaun Datuk Sosilawati Lawiya ke akaun salah seorang suspek yang ditahan polis dipercayai mempunyai kaitan dengan urusan jual beli tanah sebelum mangsa dibunuh dan dibakar. Polis mendapati dalang utama berstatus Datuk terbabit mempunyai kekayaan yang melampau.

16 SEPTEMBER 2010
Berita Harian: Peguam dan ahli perniagaan yang juga suspek utama kes bunuh Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga lagi rakannya dipercayai memiliki kekayaan luar biasa, termasuk aset bernilai lebih RM100 juta, kebanyakannya menerusi penipuan sehingga membawa kepada pembunuhan. Ia merangkumi hartanah seperti bangunan komersial, ruang pejabat, stesen minyak, kilang, rumah mewah, ladang, kedai makan, pusat penternakan dan lot tanah di Selangor, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang - Lagi berita.

KES SELESAI !
Polis menganggap bahawa kes pembunuhan Datuk Sosilawati tiga mangsa yang lain, selesai dan semua suspek dijangka akan didakwa minggu depan. Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, berkata polis kini pada peringkat akhir mengumpul maklumat dan bukti sebelum mengemukakan kertas siasatan kepada Pejabat Peguam Negara untuk menentukan pertuduhan terhadap lapan suspek termasuk seorang peguam bergelar Datuk yang ditahan setakat ini. Beliau bagaimanapun berkata, ini bukan bermakna siasatan sudah dihentikan. - Sumber Berita Harian.

0 comments:

Post a Comment

Justin Guarini said,"Either positive or negative comments are good because it shows I am still relevant." So, leave your comment here :)