Wednesday, September 8, 2010

Home » » Esok akhir Ramadhan, dan Yahudi sambut tahun baru mereka.

Esok akhir Ramadhan, dan Yahudi sambut tahun baru mereka.

Kalau kita tengok betul betul, Rosh Hashanah (Tahun Baru Yahudi) pada tahun 2010 akan bermula pada Khamis, 9 September dan akan berlangsung selama 2 hari hingga Jumaat, 10 September. Dalam kalendar Yahudi, hari cuti bermula pada matahari terbenam hari sebelumnya, jadi Yahudi akan merayakan pada matahari terbenam dari Rabu, 8 September. 9 September merupakan akhir Ramadhan. Aidilfitri akan pada 10 September dan selepas itu, serangan 11 September. Semua sederet.



Alang alang, aku nak cerita sikit pasal Rosh Hashanah atau Pesta Terompet, tahun baru yahudi menurut kalendar Ibrani.

Ritual yang terdapat dalam perayaan ni sama seluruh dunia, means aktiviti mereka time perayaan ni, berkumpul seluruh keluarga sambil makan bersama. Angka 9 ada makna bagi orang Yahudi. Angka 9 berbentuk rahim, lambang kesuburan dan kemakmuran. Time perayaan ni, Yahudi akan buat beberapa acara. Makan:
  • epal yang dicelup madu, lambangkan kemanisan.
  • roti challah atau berpilin yang ditabur dengan biji sesawi, lambangkan penyediaan Tuhan dan iman yang memindahkan gunung.
  • buah delima yang memiliki biji kurang lebih 153 buah, melambangkan pelipatgandaan.
Berdoa di Sinagoga, tempat ibadat Yahudi.

Perayaan ini berhubungan dengan Yom Kippur yang dirayakan selepas tuh. Yom Kippur nie hari paling suci bagi Yahudi, Hari Pendamaian antara manusia dengan Tuhan. Hari ini jatuh pada hari ke-10 dalam bulan Ibrani Tishri. Ia diperingati dengan berpuasa dan berdoa selama 25 jam. Hari Yom Kippur nie ada sejarah dia, lihat Perang Yom Kippur.


Aku cuma menyampaikan, wallahua'lam.
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan batin. :)

0 comments:

Post a Comment

Justin Guarini said,"Either positive or negative comments are good because it shows I am still relevant." So, leave your comment here :)