Wednesday, September 15, 2010

Home » » Benda menjengkelkan bila nak balik hostel.

Benda menjengkelkan bila nak balik hostel.


Tinggal di asrama memang banyak mengajar aku. Semua kena buat sendiri. Baju luar dalam, basuh sendiri. Kalau dekat rumah, pakai humban dalam mesin basuh lepas tu switch on mesin. Banyak ragam budak asrama, serius aku cakap. Paling normal sekali berlaku dekat budak-budak hostel ni, benda alah yang aku list ni. Tipu kuat kalau tak pernah terjadi dekat budak-budak hostel.

Homework tak siap.

Homework tak siap sebab malas. Ambik! Leceh betul-lah. Bila la takkan ada homework? Time nak balik baru teringat homework, apa pasal time cuti berderet deret tak buat homework. Ni memang masalah utama para student. Alasan bila cikgu tanya kenapa tak siap kerja sekolah -- Cikgu, mana ada saya tak siap kerja sekolah. Ni haa, siap naa. Cikgu tak nampak la sebab saya pakai pen dakwat putih. -- Siap la kau makan pelempang.


Baru nak kemas baju.
10 minit lagi nak balik baru nak kemas. Ibarat pepatah mak aku, nak berak baru nak korek lubang.


Tertinggal barang.
Memang, memang sangat.. macam nak mencarut shit tutt tutt bila tertinggal barang dekat rumah. Bila call mak abah suruh hantar barang tuh,"Ehh kan mak dah pesan, cek barang habis habis. Mata letak kat lutut ke hape? Ahh, tak kuase mak nak pergi balik sekolah kau tuh. Tolong bayar duit minyak tape laa."


Bila sampai lewat je..
Bila sampai lewat kat hostel, pintu pagar dah kena tutup. Haa, usunglah beg sampai dekat dalam hostel nuh. Jenis bawak balik barang sikit sikit takpe, ni sampi usung bantal busuk, segala teddy bear, laratkah kau? Selalunya student macam nie jenis yang homesick. Paling sakit hati bila dekat pintu pagar tuh tercangak AJK nak tulis nama sebab lambat. macam nak Flying kick kang.


Yang nie kes lain. Kes bila balik hostel bukan pada harinya. Yang nie, kena tangkap dengan warden..kena sembelih-la. whoot. Buat cuti sesuka hati. Kena pula ada rowcall, memang tak boleh lari. Aku dah pernah kena, kena buat amal kebajikan selama dua minggu sebab dua kali aku buat, dua kali aku kena cekup.


Letih membebel. 

2 comments:

  1. bende2 yg mmg slalu akan berlaku...huhuhuh
    jom cuit saya...hihihi http://cuitsaya.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. ahahha...amal hapa mcm tuh...tadak keja dy pi cari keja

    ReplyDelete

Justin Guarini said,"Either positive or negative comments are good because it shows I am still relevant." So, leave your comment here :)