Wednesday, September 15, 2010

Home » » Abby suruh Memey beranak sendiri.

Abby suruh Memey beranak sendiri.

Petang petang macam ni baru aku nak selak surat khabar. Berita bunuh sosilawati den skip, terus ke bahagian RAP, Metro. "Bayar dulu duit hantaran kahwin saya." kata Abby. Norman ni, hutang kahwin orang lain pun tak bayar lagi, ada hati nak kahwin lagi. Dah bertunang nak buat macam mana.


Keratan rentas surat khabar:


Kata Memey,pinta Abby jangan diulang lagi yang dia dapat menerima anak-anaknya sebagai anaknya sendiri. "Mereka adalah anak dan zuriat saya dan saya amat berat hati untuk menerima Memey menjadi ibu mereka. Dia langsung tak menghormati perasaan saya. Kalau teringin hendak anak  juga, beranaklah sendiri, jangan ambil anak orang."


Ayat yang di-bold tuh memang tak boleh blah. agaklah, nak anak beranaklah sendiri. Ingat senang ke nak lahirkan anak. Bajet macam aku ni pernah beranak. :D


Dulu memang aku ni peminat Norman ahh. Suka tengok Gerak Gerak Khas sampai pernah bercita cita jadi polis. Tapi tu dulu. Sebelum baligh. Sjak dia kena tangkap dengan Memey tu, memang tak minat dah. Dengan Memey tuh sekali aku tak suka.


Pandai betul Metro ni. dalam tengah baca pasai Abby, selak selak ada pulak berita -- Memey syukur, mahu segera diijab kabul. Yang ni menyampah nak baca.


P/s: apa pun, doakan kebahagiaan mereka. :)

2 comments:

  1. cian aby kan...
    bayar utang dulu en norman..
    utang wajib dibayar walaupon tak dituntut..;)

    ReplyDelete
  2. xsuke diorang ney coz hipokrit!!!huhhhh

    ReplyDelete

Justin Guarini said,"Either positive or negative comments are good because it shows I am still relevant." So, leave your comment here :)