Sunday, September 26, 2010

Improves your load time performance.

Bila berblogwalking, paling geram bila ada blog yang lambat loading. Sarat sangat dengan macam macam benda. Kadang kadang malas nak tunggu, tapi kalau ada kesabaran, tetap akan tunggu. Cuba improve your load time dengan CSS Compressor. Aku guna cara tu untuk cepatkan loading blog aku. Maybe ramai yang dah tau, atau belum tau. Aku hanya sekadar berkongsi. Credit to Blog Mijie.


CSS Compressor
CSS Compressor meningkatkan waktu buka prestasi dengan menghapuskan komen dari kod, menempatkan setiap command in one single line, buang characters 'white space'yang tidak diperlukan macam ruang, baris baru, dan tab untuk mengurangkan saiznya. Untuk maklumat lanjut tentang online CSS Compression Tools, klik sini.


Cara guna:




  1. Pergi ke Dashboard > Design > Edit HTML > Tick expand widget templates. Kalau boleh download full template dulu. Just in case kalau error.
  2. Cari kod CSS korang. tekan CTRL+F, cari code body { then, copy code sampai sebelum kod ]]>
  3. Pergi ke web CSS Compressor. Klik image di atas.
  4. Tak perlu ubah apa apa kat situ, terus je paste kod yang di-copy tadi dekat box insert CSS code. Klik compress it.
  5. Copy kod yang telah di-compress tu. Replace kod yang korang copy time step 2 dengan code yang dah di-compress nie. Save template.
Ni web speed report aku lepas compress kod guna CSS Compressor:


Web Speed Report for:http://anirffas.blogspot.com
Page Size:73,280 Bytes
ResponseTime:0.36 Seconds
28 Kbps:20.45 Seconds
56 Kbps:10.22 Seconds
64 Kbps:8.95 Seconds
128 Kbps:4.47 Seconds
256 Kbps:2.24 Seconds

27 girls don't know, 27 facts about guys.


So what do men really think? What goes on in their minds? Ever asked yourself that question? First, guys may be flirting around all day but before they go to sleep, they always think about the girl they truly care about. Second, guys go crazy over a girl’s smile. Third, guys will do anything just to get you to notice him. Fourth, guys hate it when you talk about your ex-boyfriend or ex love-interest. And the rest...

5. Boyfriends need to be reassured often that they’re still loved.
6. Don’t talk about your guy friends to your boyfriend.
7. Guys get jealous easily.
8. Guys are more emotional than they’d like people to think.
9. Giving a guy a hanging message like “You know what?! … uh … nevermind …” would make him jump to a conclusion that is far from what you are thinking. And you’ll assume he did something wrong and he’ll obsess about it trying to figure it out.
10. Guys are good flatterers when courting but they usually stammer when they talk to a girl they really like.
11. A usual act that proves that the guy likes you is when he teases you.
12. Guys love you more than you love them if they are serious in your relationships.
13. Guys think WAY too much. One small thing a girl does, even if she doens’t notice it can make the guy think about it for hours trying to figure out what it meant.
14. Guys seek for advice from girls not other guys. Because most guys think alike, so if one guy’s confused then we’re all confused.
15. When a guy asks you to leave him alone, he’s just actually saying, “Please come and listen to me.”
16. If a guy starts to talk seriously, listen to him. It doesn’t happen that often, so when it does, you knowsomething’s up.
17. If your best guy friend seems to avoid you or is never around when you’re with your boyfriend, he’s probably jealous and likes you.
18. When a guy tells you that you are beautiful, don’t say you aren’t. It makes them want to step telling you because they don’t want you to disagree with them.
19. When a guy looks at you for longer than a second, he’s definitely thinking something.
20. Guys don’t like girls who punch harder than they do.
21. A guy has more problems than you can see with your naked eyes.
22. Don’t be a snob. Guys can be intimidated and give up easily.
23. Guys talk about girls more than girls talk about guys.
24. Guys hate rejection, but they hate being lioed on even more.
25. If you are going to reject a guy just do it. Don’t say they are like a brother or just good friends. It just hurts even more. Tell them that you aren’t interested in a relationship and they will respect you.
26. Guys really think that girls are strange and have unpredictable decisions and are MAD confusing but somehow are drawn even more to them.
27. When a guy sacrifices his sleep and health just to be with you, he really likes you and wants to be with you as much as possible.

So girls, what do you think?

Friday, September 24, 2010

Sepanjang kes buang bayi, yang ini paling sebak.

Dulu aku memang suka baca surat khabar. Tapi sekarang, sebab kekangan masa, aku lebih senang baca online newspaper la. Belek belek la cerita cerita lama, dah takda bahan nak post ni. Then, terbaca satu berita nie -- pembuangan bayi di berita Utusan. dan aku kira, yang ini paling buat aku sebak. Sebak melihat cara bayi ini dibuang. Mayat bayi dalam lubang kumbahan najis, sangat melampau! Keji orang yang buang tu.

Emo pun tak guna juga aku ni. Hehehe. Tapi tak apa, aku sekadar berkongsi. Memberi kesedaran agar tiada lagi diluar sana yang mahu mencuba seks bebas atas dorongan nafsu serakah. Apakah mereka tidak diajar tentang pandangan tauhid?

Thursday, September 16, 2010

Bahagianya bila putus cinta.


Boleh bahagia kalau putus cinta? Bahagia la dari beberapa aspek. Bila kita putus cinta, tak usah sedih sedih, monyok tak tentu arah. Sadis lagi ada. Dalam kita putus cinta, ada rezeki yang kita dapat dalam kita tak sedar. Aku bercakap berdasarkan pengalaman dan aku rasa rezeki itu. Nikmatyang kita dapat - aku bagi tiga cukup, paling relevan.


Kredit save berlambak lepas putus cinta, masa pun jimat.
Dah putus cinta, tak lah mesej dah dengan si dia. kan dah save duit tang situ? Masa pun tak terbuang. Boleh guna masa korang tuh nak cari pasangan baruu. :D


Elektrik dengan rumah save juga, sebab tak payah nak cas kerap kerap macam dulu-kerja nak mesej call.
Bagi yang tinggal kat rumah mak abah, memang kalau putus cinta, amat membantu mak abah dalam menjimatkan penggunaan elektrik. Serious -- best. Bagi yang tinggal kat rumah sendiri, lepas dah putus cinta, memang tabung duit akan dipenuhi wang yang sangat banyak berbanding bulan bulan sebelum ni.


Tak tambah dosa. Hahahahaha.
Aku tak reti sangat nak ulas. Yelah, orang cakap - couple itu haram, menghampiri zina. Aku tak pakar dalam hal ni. Kalau aku cakap pun, diri sendiri terasa sesangat sebab pernah buat. Mintalah pendapat pakar, hahaha. Tapi point ni memang relevan.


Dah, aku cakap pasal benda ni sebab aku baru ja putus cinta harapan. Nak sedapkan hati. Dia ada cinta baruu, kawan aku cakap. Kesian kan aku?

Kronologi pembunuhan Datuk Sosilawati dan 3 lagi mangsa.

Aku tak pernah lagi post pasal kes pembunuhan Datuk Sosilawati. Bukan bermakna tak prihatin, tapi tunggu sehingga kes selesai, dan boleh post tentang rentetan peristiwa pembunuhan ini. Takziah diucapkan pada keluarga Datuk Sosilawati dan keluarga 3 lagi mangsa pembunuhan kejam ini. manusia sekarang memang dah hilang perikemanusian ini. Lagi bengang bila ada lagi kes mualaf bunuh ustazah dengan anaknya. Manusia sekarang laaa ihh...


30 OGOS 2010
Datuk Sosilawati Lawiya, 47 bersama peguam, Ahmad Kamil Abd Karim, 32 dan pemandu peribadi beliau, Kamaruddin Shamsudin, 44 serta pegawai bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38 meninggalkan pejabat di Kampung Baru sebelum ke Banting atas urusan perniagaan. Noorhisham menghubungi isterinya untuk memaklumkan beliau tidak akan pulang tiga hari melalui telefon pada malam 30 Ogos.


31 OGOS 2010
Ahli keluarga mula membuat laporan apabila mereka semua gagal untuk dihubungi.


2 SEPTEMBER 2010
Datuk Sosilawati dilihat kali terakhir bersama dengan peguamnya membeli kerepek di kedai Fazz Enterprise Kerepek House di Kampung Sungai Lang, Banting pada jam 4 petang.

6 SEPTEMBER 2010
Media melaporkan Datuk Sosilawati Lawiya, 30 Ogos lalu selepas urus niaga pembelian tanah di Banting
bersama peguam, pegawai bank CIMB dan pemandunya, Kamaruddin Shansuddin. Sosilawati dikatakan membawa RM4 juta bersamanya.


7 SEPTEMBER 2010
Dua kereta BMW milik Datuk Sosilawati dan Encik Ahmad Kamil masing masing ditemui di Apartmen Angsana, Taman Subang Mewah, Subang Jaya, dan di depan Hotel Dorsett di SS12, Subang Jaya. Keluarga Datuk Sosilawati menafikan beliau membawa RM4 juta. Kereta jenis Proton Perdana milik Noorhisham Mohamad juga ditemui di Seksyen 7, Shah Alam. Ibu Daruk Sosolawati merayu beliau pulang untuk menyambut Aidilfitri.

8 SEPTEMBER 2010
Polis melaporkan mereka masih berada di Malaysia.

9 SEPTEMBER 2010
Media melaporkan Sosilawati disembunyikan di lokasi rahsia oleh kumpulan tertentu. Disyaki puncanya kerana perselisihan perniagaan dan kewangan.

10 SEPTEMBER 2010
Kehilangan Sosilawati dilaporkan didalangi seorang ahli perniagaan bergelar Datuk dan adiknya, seorang doktor gigi. Polis menahan lima orang suspek yang disyaki. Peguam bergelar Datuk yang turut disyaki sebagai suspek amat dikehendaki kerana memiliki rekod jenayah --- kes penipuan di Selangor.

11 SEPTEMBER 2010
Polis menjumpai tempat kejadian mangsa mangsa di bunuh dan dibakar iaitu di sebuah ladang di Teluk Gadong berdekatan dengan Tanjung Sepat, Banting selepas siasatan kepada semua suspek empat daripada mereka mengaku membunuh dan membakar keempat-empat mangsa sebelum membuang abu mereka dalam sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjung Sepat. Polis menahan remaja berusia 19 tahun.

Detik sebelum dibunuh:

Jam 10 pagi: Datuk Sosilawati masuk ke pejabatnya di Kampung Baru, Kuala Lumpur.
Jam 4 petang: Beli kerepek di Kampung Sungai Lang, Banting.
Jam 5 petang: Kamaruddin Shamsuddin, pemandu peribadi menghubungi anak saudaranya, Khairul Izuan Ismail.
Sekitar jam 5-6 petang: Sosilawati menghantar SMS kepada suami memaklumkan dia ke Banting.
8.15 malam: Noorhisham Mohammad, pegawai bank CIMB menelefon isterinya, Suzana Radim Pangat.
10 malam: Keempat-empat mangsa dibunuh dan dibakar di Ladang Gadong berhampiran Tanjung Sepat, Banting.


12 SEPTEMBER 2010
Polis mengesahkan ke semua mangsa dibunuh dan dibakar.

13 SEPTEMBER 2010
Siasatan polis mendapati wang bernilai jutaan ringgit yang dipindahkan daripada akaun Datuk Sosilawati Lawiya ke akaun salah seorang suspek yang ditahan polis dipercayai mempunyai kaitan dengan urusan jual beli tanah sebelum mangsa dibunuh dan dibakar. Polis mendapati dalang utama berstatus Datuk terbabit mempunyai kekayaan yang melampau.

16 SEPTEMBER 2010
Berita Harian: Peguam dan ahli perniagaan yang juga suspek utama kes bunuh Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga lagi rakannya dipercayai memiliki kekayaan luar biasa, termasuk aset bernilai lebih RM100 juta, kebanyakannya menerusi penipuan sehingga membawa kepada pembunuhan. Ia merangkumi hartanah seperti bangunan komersial, ruang pejabat, stesen minyak, kilang, rumah mewah, ladang, kedai makan, pusat penternakan dan lot tanah di Selangor, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang - Lagi berita.

KES SELESAI !
Polis menganggap bahawa kes pembunuhan Datuk Sosilawati tiga mangsa yang lain, selesai dan semua suspek dijangka akan didakwa minggu depan. Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, berkata polis kini pada peringkat akhir mengumpul maklumat dan bukti sebelum mengemukakan kertas siasatan kepada Pejabat Peguam Negara untuk menentukan pertuduhan terhadap lapan suspek termasuk seorang peguam bergelar Datuk yang ditahan setakat ini. Beliau bagaimanapun berkata, ini bukan bermakna siasatan sudah dihentikan. - Sumber Berita Harian.

Wednesday, September 15, 2010

Bukan 18SX tapi cerita lawak.

GAMBAR SIAPA NI?
Seorang wanita telah mengajak teman lelakinya ke rumahnya supaya dapat berdua duaan di malam minggu. jadi teman lelakinya setuju, mana boleh tolak. Setelah berdua duaan di dalam bilik wanita itu, si lelaki ini pun berehat dan ternampak gambar seorang lelaki.

Teman lelaki: Sayang, gambar siapa tu? Gambar abang sayang ke?


Perempuan: Bukanlah.


Teman lelaki: Habis, gambar siapa? Siapa ni? Sayang ada pasang lain ek?


Perempuan: Bukan jugalah.


Teman lelaki: Kalau bukan jugak, habis gambar siapa ni ha? jawab !


Perempuan: Eleh tak payah la nak tahu, pedulikanlah gambar tu.


Teman lelaki: Jangan begitu sayang, tolonglah bagitau. Abang janji abang tak marah. Abang tak marah. Abang tak kisah pun.


Perempuan: Betul abang tak kisah?


Teman lelaki: Betul. Hak sayang kan? Kita bukannya suami isteri lagi, kalau dah kahwin baru abang kisah.


Perempuan: Oke lah. Gambar itu adalah gambar saya sebelum menjalani pembedahan jantina.


'Perempuan' tuh jawab dengan penuh manja lagii.* Pastikan jantina pasangan anda adalah benar. Pheeww, harap tak ada kes macam ni. Yelah, sekarang ramai nyah ye noksss.

Benda menjengkelkan bila nak balik hostel.


Tinggal di asrama memang banyak mengajar aku. Semua kena buat sendiri. Baju luar dalam, basuh sendiri. Kalau dekat rumah, pakai humban dalam mesin basuh lepas tu switch on mesin. Banyak ragam budak asrama, serius aku cakap. Paling normal sekali berlaku dekat budak-budak hostel ni, benda alah yang aku list ni. Tipu kuat kalau tak pernah terjadi dekat budak-budak hostel.

Homework tak siap.

Homework tak siap sebab malas. Ambik! Leceh betul-lah. Bila la takkan ada homework? Time nak balik baru teringat homework, apa pasal time cuti berderet deret tak buat homework. Ni memang masalah utama para student. Alasan bila cikgu tanya kenapa tak siap kerja sekolah -- Cikgu, mana ada saya tak siap kerja sekolah. Ni haa, siap naa. Cikgu tak nampak la sebab saya pakai pen dakwat putih. -- Siap la kau makan pelempang.


Baru nak kemas baju.
10 minit lagi nak balik baru nak kemas. Ibarat pepatah mak aku, nak berak baru nak korek lubang.


Tertinggal barang.
Memang, memang sangat.. macam nak mencarut shit tutt tutt bila tertinggal barang dekat rumah. Bila call mak abah suruh hantar barang tuh,"Ehh kan mak dah pesan, cek barang habis habis. Mata letak kat lutut ke hape? Ahh, tak kuase mak nak pergi balik sekolah kau tuh. Tolong bayar duit minyak tape laa."


Bila sampai lewat je..
Bila sampai lewat kat hostel, pintu pagar dah kena tutup. Haa, usunglah beg sampai dekat dalam hostel nuh. Jenis bawak balik barang sikit sikit takpe, ni sampi usung bantal busuk, segala teddy bear, laratkah kau? Selalunya student macam nie jenis yang homesick. Paling sakit hati bila dekat pintu pagar tuh tercangak AJK nak tulis nama sebab lambat. macam nak Flying kick kang.


Yang nie kes lain. Kes bila balik hostel bukan pada harinya. Yang nie, kena tangkap dengan warden..kena sembelih-la. whoot. Buat cuti sesuka hati. Kena pula ada rowcall, memang tak boleh lari. Aku dah pernah kena, kena buat amal kebajikan selama dua minggu sebab dua kali aku buat, dua kali aku kena cekup.


Letih membebel. 

Abby suruh Memey beranak sendiri.

Petang petang macam ni baru aku nak selak surat khabar. Berita bunuh sosilawati den skip, terus ke bahagian RAP, Metro. "Bayar dulu duit hantaran kahwin saya." kata Abby. Norman ni, hutang kahwin orang lain pun tak bayar lagi, ada hati nak kahwin lagi. Dah bertunang nak buat macam mana.


Keratan rentas surat khabar:


Kata Memey,pinta Abby jangan diulang lagi yang dia dapat menerima anak-anaknya sebagai anaknya sendiri. "Mereka adalah anak dan zuriat saya dan saya amat berat hati untuk menerima Memey menjadi ibu mereka. Dia langsung tak menghormati perasaan saya. Kalau teringin hendak anak  juga, beranaklah sendiri, jangan ambil anak orang."


Ayat yang di-bold tuh memang tak boleh blah. agaklah, nak anak beranaklah sendiri. Ingat senang ke nak lahirkan anak. Bajet macam aku ni pernah beranak. :D


Dulu memang aku ni peminat Norman ahh. Suka tengok Gerak Gerak Khas sampai pernah bercita cita jadi polis. Tapi tu dulu. Sebelum baligh. Sjak dia kena tangkap dengan Memey tu, memang tak minat dah. Dengan Memey tuh sekali aku tak suka.


Pandai betul Metro ni. dalam tengah baca pasai Abby, selak selak ada pulak berita -- Memey syukur, mahu segera diijab kabul. Yang ni menyampah nak baca.


P/s: apa pun, doakan kebahagiaan mereka. :)

Blog yang membantu !

Blog aku wajah baru. Saja jaa ubah angin. Apa yang aku buat ni, semua hasil menimba ilmu dari blog Mijie. Blog ni sangat amat terlalu membantu aku. I'm a newbie, so memang banyak benda perlu aku belajar dalam nak meningkatkan kualiti blog aku ni. Aku berusaha untuk mematangkan blog aku, menjadikan blog aku site yang berguna. Apa yang terdapat dalam blog aku, hasil pengalaman diri sendiri.

Tooltip
Benda ni saja aku letak. Niat nak bagi cun. Cuba letak kursor tu kat link dalam blog aku ni, apa yang akan keluar?


Shoutbox versi Ajax
Shoutbox versi ajax ni best. Sebab lagi cun. Tapi tujuan aku letak benda ni sebab shoutbox jenis ni lebih ringan. So, load time aku punya page tak lah lambat sangat.


Tukar ayat 'Link Within'
Bosan dengan ayat Link Within. Tak sedap mata memandang.


Aku tak nak menyusahkan visitor yang datang tengok blog aku tunggu lama nak bukak, so aku ringankan blog supaya cepat loading. Rujuk, Mijie: Melajukan Loading Page Dengan CSS Compressor.


That's all.

Friday, September 10, 2010

K-POP Lovers - Order albums imported from Korea.



Perhatian kepad K-POP Lovers, kat sini aku nak bagi tau fans KPOP boleh order album tak kiralah singer or band mana pon, imported dari Korea. Ni kawan aku yang buat urus niaga ni. Aku cuma menolong. Tidak ada sebarang unsur penipuan. Barang order akan dapat. Entri ni lengkap segala details pasal order album ni.

Untuk order:

Sila bagi nama, alamat, no telefon, album title yang nak order dekat anirffas@yahoo.com


Harga:
Harga kurang pasti. Dah order, baru aku bagi tau. Tapi setakat ni, aku order album CN Blue - Love, harga RM34. Tak termasuk shipping fee. Shipping fee is rm17 up to 2 item. So, total album aku beli tu RM51. Macam kawan aku, dia beli album SUJU, total termasuk shipping fee RM67.


Untuk pembayaran:
Setakat nie, pembayaran yang dibuat adalah melalui pos. Kalau korang confirm nak beli, baru aku kasi alamat yang nak diposkan wang tu.


Senarai album yang ada:
sila ke pagi ini: CD imported from Korea.


Harap maklum !
Order mestilah dibuat sebelum 25 Sept. Bayaran pun sama. So, cepat ea !


Untuk maklumat lanjut, boleh contact di Facebook - Saff Anirffas atau Nadhratul Wardah. Atau emelkan pertanyaan di anirffas@yahoo.com

Wednesday, September 8, 2010

Esok akhir Ramadhan, dan Yahudi sambut tahun baru mereka.

Kalau kita tengok betul betul, Rosh Hashanah (Tahun Baru Yahudi) pada tahun 2010 akan bermula pada Khamis, 9 September dan akan berlangsung selama 2 hari hingga Jumaat, 10 September. Dalam kalendar Yahudi, hari cuti bermula pada matahari terbenam hari sebelumnya, jadi Yahudi akan merayakan pada matahari terbenam dari Rabu, 8 September. 9 September merupakan akhir Ramadhan. Aidilfitri akan pada 10 September dan selepas itu, serangan 11 September. Semua sederet.



Alang alang, aku nak cerita sikit pasal Rosh Hashanah atau Pesta Terompet, tahun baru yahudi menurut kalendar Ibrani.

Ritual yang terdapat dalam perayaan ni sama seluruh dunia, means aktiviti mereka time perayaan ni, berkumpul seluruh keluarga sambil makan bersama. Angka 9 ada makna bagi orang Yahudi. Angka 9 berbentuk rahim, lambang kesuburan dan kemakmuran. Time perayaan ni, Yahudi akan buat beberapa acara. Makan:
  • epal yang dicelup madu, lambangkan kemanisan.
  • roti challah atau berpilin yang ditabur dengan biji sesawi, lambangkan penyediaan Tuhan dan iman yang memindahkan gunung.
  • buah delima yang memiliki biji kurang lebih 153 buah, melambangkan pelipatgandaan.
Berdoa di Sinagoga, tempat ibadat Yahudi.

Perayaan ini berhubungan dengan Yom Kippur yang dirayakan selepas tuh. Yom Kippur nie hari paling suci bagi Yahudi, Hari Pendamaian antara manusia dengan Tuhan. Hari ini jatuh pada hari ke-10 dalam bulan Ibrani Tishri. Ia diperingati dengan berpuasa dan berdoa selama 25 jam. Hari Yom Kippur nie ada sejarah dia, lihat Perang Yom Kippur.


Aku cuma menyampaikan, wallahua'lam.
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan batin. :)

Sunday, September 5, 2010

The hidden meaning behind the letters.

بسم الله الرحمن الرحيم
Selama ni kita belajar alif ba ta, membabi buta macam tu jaa kan? Mengaji sebab semua orang mengaji dan dah memang adat masyarakat melayu. Tu dulu la, Melayu sekarang aku tak tau. Melayu sekarang, aku agak ada yang tak reti baca Quran. Alif ba ta pun merangkak. Bila aku dengar lagu Sami Yusuf ni, baru sedar ada maksud tersembunyi di sebalik huruf Jawi tu.


A is for Allah. nothing but Allah.
Ba is the beginning of Bismillah.
Ta is for Taqwa, bewaring of Allah.
Tha is for Thawab, a reward.
Ja is for Janna, the Garden of Paradise.
Ha is for Hajj, the blessed pilgrimage.
Kha is for Khaatem, the seal of the prophethood given to the Prophet, Muhammed (SAW).
Da is for Deen, Al-Islam, religion with Allah since time began.
Dha is for dhikr, remembering Allah.
Ra is for the month of Ramadhan.
Za is for Zakat to pure our greed, when we give our money to those in need.
Sa is for Salamu alaikum, peace be with you wa'alaikumussalam.
Sha is for shams, the shining sun which Allah placed for everyone.
So is for salat, for when we pray facing him, everyday, facing him, till we meet our lord.
Dho is for duha, the morning light, the sun has turned from red to white.
Tho is for tareeq, the path to walk upon.
Dho is for dhil, a shadow.
Aa' is for ilm, the thing to know, to make our knowledge grow, in Islam.
Gha is for ghaib, a world unseen and that we know is not a dream.
Fa is for, the Opening, Al-Fatihah.
Qua for the Quran, the book of God.
Ka is for kalima, a word we're taught to teach us what is good and what is not.
La is for the beginning of La ilaha illa'allah.
Ma is for the Messenger Muhammad-ur-Rasoolillah.
Na is for nawm, the sleep God gave to give us rest after the day.
Ha is for the Hijra, the journey that, the Prophet made.
Wa for wudu before we pray to help us wash our sins away.
Ya for Yawm-mid-Deen.


Perasan tak dalam lagu Too Phat yang tajuknya Alhamdulillah, korang mesti akan perasan satu verse yang bunyi dia camni:


"Lidah setajam pisau, ku tidak akan risau dengan cabaran sepanjang perjalanan ku pasrah ku akur 7,8,6 Alhamdulillah Syukur.."