Sunday, August 22, 2010

Home » , » Makanlah uri dan janin untuk awet muda.

Makanlah uri dan janin untuk awet muda.

http://z.about.com/d/urbanlegends/1/0/w/7/eating_babies2.jpgJOHOR BAHRU: Untuk memastikan diri kekal cantik dan awet muda seperti anak dara, ada ibu yang baru melahirkan anak sanggup memakan uri bayi sendiri kerana percaya cara itu paling berkesan untuk memenuhi matlamat mereka.

Wanita lain yang berkongsi kepercayaan sama pula dikatakan sanggup berusaha mendapatkan uri daripada pembekal tertentu bagi membolehkan mereka menjadikan ‘tembuni’ bayi itu sebagai ‘hidangan kesihatan’.

Amalan menjijikkan itu didedahkan seorang tabib Cina di bandar raya ini dan lebih mengejutkan, dia mendakwa sebahagian penggemar uri untuk awet muda terdiri daripada wanita Melayu beragama Islam.

Lelaki berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Sam berkata, uri atau dikenali sebagai plasenta sebelum ini dijadikan sebahagian bahan utama dalam pembuatan kosmetik.

“Tapi kini, mungkin disebabkan ingin mendapatkan kesan lebih hebat dan segera, ada wanita sanggup melakukan perbuatan tidak masuk akal ini. Malah, mereka juga percaya makan uri mampu membekalkan khasiat dan sumber tenaga kepada wanita yang baru bersalin terutama yang melahirkan anak secara pembedahan,” katanya.



Apa kejadahnya makan janin ni? Kalau tak silap, menurut kawan aku, ia dipanggil spiro. Amalan ni banyak diamalkan kat China. katamereka, untuk awet muda. Bermaruahkah bila buat hal macam ni? Yang buang bayi pun dah dikecam gila barbie doll, inikan pula makan bayi? Geli-geleman. Satu restoran China ni, menyediakan sup yang dipanggil Healthy Soup. Tak lalu aku nak makan. Healthy Soup memang diperbuat dari janin bayi uri or whatsoever. Makanan tersebut harus disajikan secara fresh, bukan frozen. Tetapi kalau berminat, mereka menyediakan ari-ari bayi (plasenta) yang dipercaya dapat meningkatkan ghairah seksual dan juga ubat awet muda. See? manusia mampu buat apa-apa saja demi cantik dan nafsu bla bla bla.

6 comments:

  1. erk. ewwwwwwww. WTH with those people la? urghh, the most stupid, disgusting food ever. xbertamadaun btul. -______-'

    ReplyDelete
  2. bkn aq ke yg kata? spiro ek? O.O"
    wtvr la.. :P

    ReplyDelete
  3. err... kejam. xde mknn sgt dah ke??? akher zaman~

    ReplyDelete
  4. gilalahhhh whatever, so-called human nowadays! -.-

    ReplyDelete
  5. eeeuuuww... geli n kesian.. apa nak jadi..

    ReplyDelete
  6. zaman jahiliah bukan dulu je tetapi sekarang jahiliah moden ...sama je....
    apa2 pun kenalah bfikiran yg positif hidup mesti ada wawasan baru lah cerah masa depan klu asyik tmenung je pun bmasalah jgn lah mcm bagus sebenarnya masa2 yg mdtg semuanya adalah penuh dgn onak dan duri jadi fikir2 lah.....

    http://www.hyprobulks.com/ngah-stream
    mudah senang mewah murah mampu lumayan 100%

    ReplyDelete

Justin Guarini said,"Either positive or negative comments are good because it shows I am still relevant." So, leave your comment here :)