Sunday, August 22, 2010

Home » , » Untuk lelaki memilih pasangan hidup.

Untuk lelaki memilih pasangan hidup.

Cinta manusia merupakan anugerah takdir. Pertama kali hadir terlihat bak air yang tenang. Namun ketika seseorang yang bersangkutan menerjuninya, tenggelamlah ia di dalamnya, tidak tertolong. sesungguhnya, aku mencintaimu kerana agamamu. Hilang agamamu, hilanglah cintaku padamu. Allah menciptakan manusia itu berpasangan. Bukan manusia saja, haiwan pun ada pasangannya. Tapi kalau tengok sekarang ni, budak-budak couple sana-sini. Siap ada main passing dekat kawan - Eh, lepas hang clash dengan dia, kasi aku pula.


Kaum Adam, kahwinlah dengan perempuan yang memiliki kriteria yang mantap.


Sesiapa sahaja yang menikahi wanita kerana kemuliaan status sosialnya, maka Allah tidak akan menambahkan kepadanya selain kehinaan.


Sesiapa sahaja yang menikahi wanita kerana hartanya, maka Allah tidak akan menambahkan kepadanya selain kefakiran.


Sesiapa sahaja yang menikahi wanita kerana kedudukannya, maka Allah tidak akan menambahkan kepadanya selain kerendahan.


Sesiapa sahaja yang menikahi wanita bukan kerana hal lain, kecuali agar pandangan matanya dapat dikekang dan kemaluannya terpelihara atau untuk tujuan menyambung tali silaturrahim, maka Allah akan memberkati pernikahannya dengan wanita itu dan wanita itu beroleh berkat pula kerana dipersuntingkan olehnya.
[Riwayat Abu Nu'aim dan al - Hilyah]

1 comment:

  1. Good.. Reminder yg baek utk den snirik.. Tp utk wanita bgaimn pula ye dlm pemilihan.. Sila2 kongsi

    ReplyDelete

Justin Guarini said,"Either positive or negative comments are good because it shows I am still relevant." So, leave your comment here :)