Sunday, August 29, 2010

Keajaiban Allah: Sungai bawah laut.

"Dan Dialah yang membiarkan dua laut yang mengalir (berdampingan); yang ini tawar lagi segar dan yang lain asin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi" QS:53

Wajib bagi setiap mukallaf dan muslim mempercayai bahawa terdapat beberapa sifat kesempurnaan yang tidak terhingga bagi Allah. Maka, wajib juga dipercayai akan sifat Allah yang dua puluh dan perlu diketahui juga sifat yang mustahil bagi Allah. Salah satunya, kaunuhuu muriidan dan kaunuhu qaaridan. Allah berkehendak atas sesuatu dan Maha Kuasa. Kun fayakun, maka jadilah. Sungai bawah laut, yang ditemui penyelam baru-baru ini bukti untuk membuka mata semua pihak.




Di sebelah kiri tu penyelam yang menjumpai keajaiban ini. Jelas ditunjukkan dalam gambar. Dalam video juga, ditunjukkan penyelam tu siap terjun dalam sungai tu lagi. Serius cantik gambar ni.


Kalau menyelam dalam kedalaman 30 meter, terasaasa air segar dari laut tuh. Tapi bila diselam lebih dari 60 meter, air terasa menjadi masin.

P/s: Penyelam yang jumpa sungai ni peluk Islam selepas nampak dengan mata sendiri betapa besarnya kekuasaan Ilahi.

Friday, August 27, 2010

Siapa salah; lelaki atau perempuan?

A suka B.
B suka A.
C suka A.
D suka B.
A curang.
A suka C.


Cinta sekarang.

Dalam banyak kes tuh, yang mana cinta sejati?
Tak ada. cinta sejati hanya cinta Allah.
Cuma kita tak perasa, atau buat buat tak perasa, atau memang tak nak perasan?

Lelaki sekarang.
Reti ambil kesempatan.
"Saya suka awak. Awak manis. Lembut. Sopan jaa."
"Saya suka awak jugak. Tapi selama ni, awak tak pandang saya."

Fasa lembah kehinaan.

"Awak, tangan awak lembut ek?"
Perempuan hanya tersenyum, bila dibelai. Hati goyah kerana lelaki.

"Awak, hantar gambar awak. Boleh saya tengok selalu, bila saya rindu."
Perempuan itu mula diselubungi dosa dua puluh empat jam.

"Apa bukti awak sayang saya?"
"Saya sanggup buat apa sahaja."
"Betul?"
Angguk.
"Awak.."

Censored.

Perempuan sekarang.
Lemah kerana lelaki.
Terlalu seksi di mata lelaki.

Ustazah saya cakap,"Lelaki nampak kaki kita pun, naik syahwat."

Siapa salah?

Teknolgi masa kini menghasilkan rekaan headphone dan USB yang hebat.

Teknologi dunia sekarang macam macam. Pemikiran manusia semakin hebat, dapat mencipta macam macam. Hidup orang lain pun jadi semakin mudah. Dalam menghasilkan sesuatu yang hebat, pencipta perah otak untuk menghasilkan sesuatu yang kreatif. Sampai headphones dan USB pun ada yang pelik-pelik tapi awesome !


It's kind of a low-tech invention for people into piercings and other types of bod-mod.


Officially, it's a novelty cigarette pack-shaped earphone headset for Nokia / Samsung / Sony Ericsson mobiles.



Encrusted with 59 of the highest quality diamonds that have been individually set in 18 carat gold.







Tuesday, August 24, 2010

Awesome bathroom.

Arus teknolgi moden memang meningkatkan daya kreatibiti manusia. Sampaikan toilet tempat kita buat 'mini popers' pun gila awesome. Kalau toilet secantik ni, aku sendiri sayang nak cemarkan toilet tu. Agak hebat apabila boleh renovate bilik lepas hajat ni jadi something yang berseni.


Vertigo Bathroom



One-way Glass Bathroom



Pure Gold Bathroom


Toilet paling berharga dan bernilai terletak kat Hong Kong. Istana Gold Swisshorn ini dibina pada 2001 oleh Mughal barang kemas China, Lam Sai-Wing. Seluruh bilik mandi diliputi 380 kg emas dan 6200 batu permata. Habis cerita kira segalanya dalam toilet ni diperbuat dari emas tulen. Kos nak buat ni toilet teramat superb ni HK $ 38 juta


P/s: Aku bersyukur dengan toilet kat rumah aku. Cukup sekadar untuk lepas hajat.

Sunday, August 22, 2010

World's Strangest Marriages.

Penangan cinta. Orang cakap cinta itu buta. Sungguhlah betul. Kalau tak, tak akan ada wanita yang berkahwin dengan suaminya yang dah mati. Takkan ada yang kahwin dengan bantal. Secara logik akal manusia, memang tak dapat nak terima, tapi hakikatnya perkahwinan macam tu pernah terjadi. Tapi ye la kan, mana la sah. Kalau sah pun, sah ikut otak mereka.


Berkahwin dengan bantal !
True love can take many forms. Dalam kes nie plak kan, seorang lelaki Korea jatuh cinta dengan bantal dan akhirnya menikah, sebuah bantal besar dengan gambar wanita di atasnya. Lee Jin-gyu jatuh cinta dengan 'dakimakura nya' - a kind of large, huggable pillow from Japan, often with a picture of a popular anime character printed on the side. Dalam kes Lee, bantal tercinta dia tuh ada gambar pe  ntah- Takdir Testarossa, daripada 'gadis ajaib' siri anime Lyrical Nanoha Mahou shoujo. Sekarang Otaku (gelaran untuk dia yg sengal nie) 28 tahun telah berkahwin denga bantal dalam sebuah upacara khusus. pernikahan diorang memang catat sejarah !


Wanita yang berkahwin dengan bekas suaminya yang dah mati.
Magali Jaskiewicz dan Jonathan George telah merancang untuk berkahwin di balai kota tempatan pada bulan November 2008, tapi laki dia tuh terbunuh dua hari sebelum upacara dalam kemalangan motor. *ish ish, kesiann.* Ms Jaskiewitz, 32, used a little-known section of the French civil code that allows posthumous marriages if all the formalities for the wedding were completed before one of the partners died, including the setting of a date. Dia mengesahkan bahawa dia dan Mr George dah hidup bersama since tahun 2004 dan mereka mempunyai akaun bank. Dia juga memberikan imej gaun pengantin dia beli untuk dikenakan ke pernikahan mereka. Menurut pegawai Kementerian dalam negeri Perancis, sekitar sepuluh perkahwinan anumerta/posthumous marriage dilakukan setiap tahun di Perancis. Siapa nak kahwin dengan mayat?

Makanlah uri dan janin untuk awet muda.

http://z.about.com/d/urbanlegends/1/0/w/7/eating_babies2.jpgJOHOR BAHRU: Untuk memastikan diri kekal cantik dan awet muda seperti anak dara, ada ibu yang baru melahirkan anak sanggup memakan uri bayi sendiri kerana percaya cara itu paling berkesan untuk memenuhi matlamat mereka.

Wanita lain yang berkongsi kepercayaan sama pula dikatakan sanggup berusaha mendapatkan uri daripada pembekal tertentu bagi membolehkan mereka menjadikan ‘tembuni’ bayi itu sebagai ‘hidangan kesihatan’.

Amalan menjijikkan itu didedahkan seorang tabib Cina di bandar raya ini dan lebih mengejutkan, dia mendakwa sebahagian penggemar uri untuk awet muda terdiri daripada wanita Melayu beragama Islam.

Lelaki berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Sam berkata, uri atau dikenali sebagai plasenta sebelum ini dijadikan sebahagian bahan utama dalam pembuatan kosmetik.

“Tapi kini, mungkin disebabkan ingin mendapatkan kesan lebih hebat dan segera, ada wanita sanggup melakukan perbuatan tidak masuk akal ini. Malah, mereka juga percaya makan uri mampu membekalkan khasiat dan sumber tenaga kepada wanita yang baru bersalin terutama yang melahirkan anak secara pembedahan,” katanya.



Apa kejadahnya makan janin ni? Kalau tak silap, menurut kawan aku, ia dipanggil spiro. Amalan ni banyak diamalkan kat China. katamereka, untuk awet muda. Bermaruahkah bila buat hal macam ni? Yang buang bayi pun dah dikecam gila barbie doll, inikan pula makan bayi? Geli-geleman. Satu restoran China ni, menyediakan sup yang dipanggil Healthy Soup. Tak lalu aku nak makan. Healthy Soup memang diperbuat dari janin bayi uri or whatsoever. Makanan tersebut harus disajikan secara fresh, bukan frozen. Tetapi kalau berminat, mereka menyediakan ari-ari bayi (plasenta) yang dipercaya dapat meningkatkan ghairah seksual dan juga ubat awet muda. See? manusia mampu buat apa-apa saja demi cantik dan nafsu bla bla bla.

Untuk lelaki memilih pasangan hidup.

Cinta manusia merupakan anugerah takdir. Pertama kali hadir terlihat bak air yang tenang. Namun ketika seseorang yang bersangkutan menerjuninya, tenggelamlah ia di dalamnya, tidak tertolong. sesungguhnya, aku mencintaimu kerana agamamu. Hilang agamamu, hilanglah cintaku padamu. Allah menciptakan manusia itu berpasangan. Bukan manusia saja, haiwan pun ada pasangannya. Tapi kalau tengok sekarang ni, budak-budak couple sana-sini. Siap ada main passing dekat kawan - Eh, lepas hang clash dengan dia, kasi aku pula.


Kaum Adam, kahwinlah dengan perempuan yang memiliki kriteria yang mantap.


Sesiapa sahaja yang menikahi wanita kerana kemuliaan status sosialnya, maka Allah tidak akan menambahkan kepadanya selain kehinaan.


Sesiapa sahaja yang menikahi wanita kerana hartanya, maka Allah tidak akan menambahkan kepadanya selain kefakiran.


Sesiapa sahaja yang menikahi wanita kerana kedudukannya, maka Allah tidak akan menambahkan kepadanya selain kerendahan.


Sesiapa sahaja yang menikahi wanita bukan kerana hal lain, kecuali agar pandangan matanya dapat dikekang dan kemaluannya terpelihara atau untuk tujuan menyambung tali silaturrahim, maka Allah akan memberkati pernikahannya dengan wanita itu dan wanita itu beroleh berkat pula kerana dipersuntingkan olehnya.
[Riwayat Abu Nu'aim dan al - Hilyah]

Saturday, August 21, 2010

Isu nama Guan Eng dalam khutbah Jumaat.

The Utusan Malaysia’s front-page headline today “Nama Guan Eng ganti Agong – Disebut dalam doa khutbah Jumaat: Umno Pulau Pinang bantah” is the most irresponsible act in the history of Malaysian journalism – utterly baseless, a mischievous and dangerous incitement to religious hatred, tension and discord in plural Malaysia and goes against all the principles and values espoused by 1Malaysia.

Aku rasa macam khutbah Jumaat ni macam dah dipermainkan. Macam headline Utusan Malaysia. Kalau yaa pun nak post pasai berita tuh, pada-pada ah headline tu. Tercabar,nampak macam menghina. Sangatlah tak bermaruah headline tu.

Yang menimbulkan isu disini ialah statement Menteri Pertahanan, Dato Seri Zaid Hamidi. Kerajaan Pulau Pinang, melalui Ahli EXCO yang bertanggung jawab atas urusan agama Abdul Malik Abul Kassim menafikan sekeras kerasnya tentang penggunaan nama Yang Berhormat Ketua menteri Lim Guan Eng dalam dua khutbah bagi menggantikan nama Yang di Pertuan Agong. Buktinya pihak Jabatan Agama Islam Pulau Pinang menyediakan sendiri teks untuk khutbah Jumaat. Dikeluarkan teks khutbah untuk sebulan dan belakang teks tu siap ada tarikh lagi untuk dibaca para khatib. Cuma sebilangan saja yg ada teks sendiri.

Aku tak lah komen apa apa. Bawah umur lagi. Kang tak pasal aku kena sumbat jail. Keluar pulak headline; Budak bawah umur cakap politik.

p/s: National leaders must always remember that in the era of globalisation and information technology, the whole world is watching what is happening in the country.

Alternatif lain untuk bantu Gaza.

Alternatif ini mungkin jalan yang terbaik untuk student macam aku ni. Kalau nak bagi bantuan dari segi kewangan tu, memang tak mampu. Diri sendiri pun mak abah yang tanggung. Alternatif ini mungkin nampak tidak begitu membantu tetapi fikir siapa lagi yang nak membantu mereka kalau bukan kita sendiri?


Cara ini lebih kepada aspek psikologi. Telefon pejuang pejuang di Gaza, beritahu dari mana dan kongsi perasaan kita, sokongan kita, simpati kita dan keyakinan kita bahawa mereka akan menang atau dimuliakan dengan syahid.


Hubungi: 009708285xxxx -tukarkan xxxx tuh dengan sebarang nombor.


Macam mana kalau tak dapat? Waallahualam. Yang tu aku tak tau. Aku sekadar share dengan semua.

Saturday, August 14, 2010

Apabila seorang manusia hanya berbadan dan kepala.


Bayangkan lahir tanpa lengan. Tak ada tangan untuk memegang apa yang kita suka, tidak ada pengalaman sentuh barang or somebody even parents kita, tak ada cara untuk mengangkat atau membawa something or nak peluk parents kita pun tak pernah. Berapa lebih sukar hidup kalau korang hidup tanpa lengan dan tangan? Atau bagaimana dengan kaki? Bayangkan korang tak ada kaki lengan dengan kaki. Tidak ada kemampuan untuk menari, berjalan, berlari, atau bahkan berdiri.

Nick Vujicic - pronounced 'Vooy-Cheech'. Lahir pada tahun 1982 di Brisbane, Australia, tanpa penjelasan perubatan atau amaran, Nicholas Vujicic datang ke dunia tidak bertangan atau berkaki. Bayangkan perasaan orang tuanyaa ketika mereka melihat anak lelaki mereka pertama bayi yang baru lahir untuk pertama kalinya, hanya untuk menemukan dia apa itu dunia, tidak sempurna dan tidak normal.

Seorang anak tanpa tangan dan kaki bukan sesuatu yang Dushka Vujicic, jururawat, dan suaminya Pendeta Boris Vujicic sudah menunggu. Bagaimana anak mereka akan hidup bahagia dan normal? Apa yang boleh dia melakukan atau menjadi ketika hidup? Tetapi orang lain tahu bahawa ini bayi tanpa tangan yang indah ini suatu hari akan menjadi orang yang akan memberi inspirasi dan memotivasikan manusia dari semua kalangan.

Sepanjang masa kecilnya, Nick tidak hanya berhadapan dengan masalah di sekolah dan remaja seperti buli dan masalah harga diri, tetapi juga berhadapan dengan depresi dan kemurungan. Dia terus-menerus mempersoalkan mengapa dia berbeza daripada semua anak-anak lain di sekelilingnya, mengapa dia yang lahir tanpa lengan dan kaki. Dia mempersoalkan apakah tujuan hidup dan adakah hidup mempunyai tujuan dengan keadaan dirinya yang tanpa lengan dan kaki. Menurut Nick, kemenangan atas perjuangannya sepanjang perjalanan, serta kekuatan dan semangat dia untuk hidup boleh dikreditkan kepada iman dalam Tuhan. Keluarganya, teman-teman banyak yang telah mendorong dia.

Setelah bersekolah, Nick meneruskan pengajian dan memperoleh gelaran Sarjana dua kali ganda, jurusan Akauntansi dan Perancangan Kewangan dari Universiti Griffith di Logan, Australia. Pada usia 19 tahun, Nick bermula untuk memenuhi impiannya untuk mendorong orang lain melalui motivasi. "Saya sudah dapat tujuan kewujudan saya, dan juga tujuan keadaan saya. Ada tujuan mengapa anda dalam keadaan ini". Nick sepenuh hati percaya bahawa ada tujuan dalam setiap perjuangan kita masing-masing dalam menghadapi hidup kita, dan bahawa sikap kita terhadap perjuangan mereka serta percaya dalam Tuhan dapat menjadi kunci untuk mengatasi cabaran yang kita hadapi.

Sekarang, pada usianya 27 tahun, pemuda tanpa tangan dan kaki ini yang telah mencapai sesuatu yang lebih daripada kebanyakan orang capai dalam seumur hidup. Nick baru-baru ini melakukan langkah besar dari Brisbane, Australia ke California, Amerika Syarikat, di mana dia ialah Presiden sebuah pertubuhan bukan untung antarabangsa; Life Without Limbs, dan juga mempunyai syarikat motivasinya sendiri; Attitude Is Altitude. Sejak motivasi pertamanya ketika dia berusia 19, Nick telah mengelilingi dunia, berkongsi cerita dengan berjuta-juta orang, berbicara kepada pelbagai kumpulan yang berbeza seperti pelajar, guru, pemuda, pengusaha dan semua peringkat manusia. Dia juga menceritakan kisahnya dan juga ditemubual di pelbagai program televisyen di seluruh dunia.

Hargai diri anda yang sedia ada ini meskipun anda lahir tanpa tangan, mata, kaki mahupun mulut. Bagi yang sempurna fizikal dirinya, lihat dalam hati anda, adakah anda sempurna? Kadang kala, orang yang tidak sempurna fizikalnya, lebih sempurna dalamannya daripada kita yang sempurna fizikalnya. Allah mencipta sesuatu itu, ada hikmahnya. Allah menguji hamba-Nya mengikut kemampuan hamba-Nya, ujian untuk kita daripada Allah bukti Allah mengasihi dan menyayangi kita. :)

Saturday, August 7, 2010

Photoshop atau memang benar?

Sekarang ni banyak software yang ada untuk kita edit segala gambar. Daripada yang gemuk jadi kurus bagai Aishwarya Rai, hodoh jadi jelita bagai Lisa Surihani, kacak bagai Sam Tsui. Susah nak kenal pasti mana satu gambar yang betul atau fake. Yang ngeri, bertambah ngeri. Geli mat ai kalau tengok pun.






Makcik dua orang ni mengerikan.