Saturday, July 24, 2010

Home » » Teka-teki, siapa hebat?

Teka-teki, siapa hebat?



Teka-teki ialah penyataan atau soalan yang mempunyai pembayang-pembayang tertentu yang bertujuan untuk menduga akal seseorang. Kebiasaannya, sesuatu teka-teki itu mempunyai jawapan yang menarik, unik atau kelakar. Dah lama rasanya aku tak main teka-teki ni. Dulu zaman kanak-kanak riang, memang favourite aku. Teka-teki favourite aku jenis yang lukis-lukis atas kertas punya. Hehehe. Alang-alang tu, aku nak bagi satu teka-teki ni.



Wujud di hujung dunia, duduk di tengah orang,
Lebih pada nama, kurang pada rupa,
Kecil di China, besar di ARAB,
Ada di sana, tiada di sini, 

Ada pada besar, tiada pada kecil,
Dua di atas, dua di bawah,
Satu di tengah, dua di kanan,
Tidak di kiri, ada di kanan, 
Satu pada emak, dua pada ayah, 
Tiada pada itik, ada pada ayam,
Tidak di rindu, tetapi lebih di sayang.

Cuba teka, apakah itu?

4 comments:

Justin Guarini said,"Either positive or negative comments are good because it shows I am still relevant." So, leave your comment here :)