Friday, July 16, 2010

Home » » Nak buat maksiat? Ikut 5 syarat ini!

Nak buat maksiat? Ikut 5 syarat ini!

Hidup, nak buat apa pun mesti ada syarat. Ada pantang larang dia. Nak buat maksiat pun kena ada syarat tau. Serius. Ingat senang-senang macam tu saja nak buat maksiat?


Jangan makan rezeki Allah.
Nak sangat buat maksiat, jangan sesekali makan rezeki Allah. Bolehkah anda cari rezeki yang bukan dari kurniaan Allah?


Jangan tinggal di bumi Allah.
Nak buat maksiat, pergi duduk jauh-jauh. Jangan dok kat bumi Allah ni. Jangan dekat bumi Allah!


Buat maksiat di tempat yang Allah tak nampak.
Bolehkah anda cari tempat yang Allah tak nampak anda buat apa?


Bila malaikat maut datang nak cabut nyawa, cakap padanya,"Sat sat, aku nak pi bertaubat dulu."
Hehs. Bolehkah kita tangguh kematian kita? Bila sampai masanya, nothing we can do.


Bila malaikat Zabaniyah datang nak bawa kita pergi neraka, katakan padanya,"Aku taknak mengikutimu."
Mustahil oke.


Selamat buat maksiat.


0 comments:

Post a Comment

Justin Guarini said,"Either positive or negative comments are good because it shows I am still relevant." So, leave your comment here :)