Friday, July 30, 2010

Nine deadly words used by women.

Perempuan itu istimewa. Kenapa? Sebab aku perempuan, dan aku memang rasa perempuan itu istimewa. Sikap dan perwatakan perempuan, lelaki tak dapat discover semuanya. Sebagai contoh, setiap kata-kata perempuan ada maknanya. So kaum Adam, take note oke.

Saturday, July 24, 2010

Teka-teki, siapa hebat?



Teka-teki ialah penyataan atau soalan yang mempunyai pembayang-pembayang tertentu yang bertujuan untuk menduga akal seseorang. Kebiasaannya, sesuatu teka-teki itu mempunyai jawapan yang menarik, unik atau kelakar. Dah lama rasanya aku tak main teka-teki ni. Dulu zaman kanak-kanak riang, memang favourite aku. Teka-teki favourite aku jenis yang lukis-lukis atas kertas punya. Hehehe. Alang-alang tu, aku nak bagi satu teka-teki ni.



Wujud di hujung dunia, duduk di tengah orang,
Lebih pada nama, kurang pada rupa,
Kecil di China, besar di ARAB,
Ada di sana, tiada di sini, 

Ada pada besar, tiada pada kecil,
Dua di atas, dua di bawah,
Satu di tengah, dua di kanan,
Tidak di kiri, ada di kanan, 
Satu pada emak, dua pada ayah, 
Tiada pada itik, ada pada ayam,
Tidak di rindu, tetapi lebih di sayang.

Cuba teka, apakah itu?

Dialog sebelum kahwin dan selepas kahwin.

Bila aku baca lawak ni, memang hakikat apa yang terjadi dekat orang yang berkahwin zaman sekarang. Awal-awal bercinta bagai nak rak - kaulah intan payung jantung pisang hatiku, lautan api sanggup aku redah - tapi lepas kahwin - habis madu sepah dibunag. Bila perlu, kutip balik sepah tu. Cehs.


SEBELUM KAHWIN.

Laki: Akhirnya aku sudah menunggu masa ini tiba sejak begitu lama lagi!

Perempuan: Apakah abang rela kalau saya pergi?

Laki: Oh tidak !


Perempuan: Adakah abang mencintai saya?

Laki: Tentulah !

Perempuan: Apakah abang pernah selingkuhh?

Laki: Tidak ! Tidak sama sekali!

Perempuan: Adakah abang akan setia?

Lelaki: Yaa.

Perempuan: Oh sayang..

P/s: Dialog selepas kahwin? Sila baca dari bawah ke atas.

Perempuan yang mahu cantik.

Sekarang, siapa pun sanggup buat macam-macam hanya sebab nak cantik. Taruk macam-mcam bahan kimia dekat muka. bahan-bahan tradisional tak nak cuba hanya sebab lambat.  Aku percaya, tips orang orang dulu lagi oke untuk kita ikut dari tambah bahan kimia entah apa-apa kat tubuh kita. Dalam bab penjagaan kulit muka la kan, aku pantang orang yang suka robek jerawat. Lepas tu bila dah berkawah muka, baru nak teriak. jangan la robek, biar saja dia tumbuh dengan bahagia. nanti dia hilang juga. Tips lain:


Buncit, peha besar punya?
Jangan minum air masak dua jam sebelum tidur.


Perut boroi?
Janganlah habiskan masa untuk berdengkur selalu. Jangan minum air ais selalu.


Jerawat bagai cendawan tumbuh selepas hujan.
Lumur lendir pokok lidah buaya dekat muka. Ada kawan aku cakap pakai lendir belut? Err.


Buang bulu kaki?
Orang cakap, lumur minyak zaiton dengan gula. Act, aku ragu-ragu sikit. Kan buang bulu kaki haram. Kawan aku cakap, tak apa kot sebab cara ni, dia meluruhkan, bukan cukur. Kalau betul, oke la juga. Tak lah tambah dosa bagi yang taksub sangat nak cukur bulu kaki.


Nak cantik, rambut mesti cantik jugak. tapi janganlah pi tayang kat public. Aurat, simpan untuk future husband. :)


Lembutnya rambut.
Kasi taruh itu sama lendir pokok lidah buaya.


Nak rambut panjang?
Jangan ikat rambut time nak tidur. Aku pun tak tau sebab apa. Maybe tak nak tumbesaran terbantut kot.


Rambut lurus?
lumur perahan limau kasturi.


P/s: Mostly tips untuk perempuan. Tapi tak apa, kepada maknyah di luar sana, boleh cuba juga. 

Friday, July 23, 2010

Berita gembira buat si rendah dan si gadis.

Title post diletakkan tanpa niat mengutuk sesiapa. Hahah. Tinggi, pendek, panjang, kacak, cantik, comel semua ada kelebihan. Artikel ni memang khas untuk gadis yang kurang ketinggiannya. Jangan fikir nak tinggi saja oke, kadang-kadang jadi pendek pun oke apa? Setiap yang Allah jadikan, ada baiknya. Allah itu Maha Adil. Dan dalam ciptaan Allah itu, ada satu benda yang kita tak sedar.


Gadis yang banyak bulu kaki disayangi mak mentua.
Aku rasa ramai yang pernah dengar. Kawan aku Zaeika yang bagi tau kat aku time tengah syok-syok sembang pasal bulu kaki. Sebelum ni aku pun pernah dengar tapi tak tau lah sejauh mana kebenaran di sebalik menatang ni. Kalau lah betul, satu advantage lah. Sejuk hati dah tau mak mentua kita nanti sayang kita. Tak payah la nanti nak pi belajar masak or whatsoever untuk ambil hati mak mentua kan? Senang dan cepat sikit nak kahwin. Heheh. 


Panjang depa korang sama dengan ketinggian korang.
Sedar tak yang panjang depa kita sama saja dengan tinggi kita? Aku dah try buat. Kawan aku Izzah cakap, depakan tangan dan lekapkan bukaan depa dekat sebarang tempat seperti dinding atau loker secara menegak. Tanda, then aku bangun dan ukur tinggi. Superb, memang betul. So kalau dalam borang apa-apa, mintak tinggi kita berapa, tulis - satu depa. Heheh.


Sunday, July 18, 2010

Mudah untuk mengatasi kesedihan.


Putus cinta?
Babe, bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor. Curang, main kayu tiga? Main laa kayu empat. Tunjuk pada dia, anda pun hebat.


Disakiti si dia?
Sakitkan hati dia baliklah wehh. Jumpa dia or call dia, cakap,"Lu pesal?" Sounds kind of gross tapi ia mampu memuaskan hati anda. Tapi janganlah call, kan aku cakap buang masa buang duit. Apa kata hantar satu gerombolan tentera kat rumah dia? Kasi bom macam Hiroshima tu.


Kena bebel dengan mak abah?
Ada sebab la tu. Kalau ya pun bukan salah kita kan, senyap saja. Jangan melawan. Kang lagi hebat lah kena fire. Serius. Maybe salah korang jugak. Tak tolong mak abah ke or bangun tidur lambat macam aku ni haa. Pepagi dah dihujani peluru mak aku.


Dah sedih, makan laa banyak banyak.
Tu cara aku laa. Kalau aku marah or sedih or geram, aku makan saja. Hentam segala macam. Dah kenyang aku tidur. Tapi yang bagi yang mudah naik berat badan tu, dapatkan nasihat doktor dulu. Nanti gemuk, jangan salahkan aku. Aku tak apa, always slim.


Ambil-la anak patung or barbie doll, tumbuk sekuat hati.
Tumbuk dan terus tumbuk. Cara ini diadaptasi daripada siri kartun favourite aku, Shin Chan.

Friday, July 16, 2010

Nak buat maksiat? Ikut 5 syarat ini!

Hidup, nak buat apa pun mesti ada syarat. Ada pantang larang dia. Nak buat maksiat pun kena ada syarat tau. Serius. Ingat senang-senang macam tu saja nak buat maksiat?


Jangan makan rezeki Allah.
Nak sangat buat maksiat, jangan sesekali makan rezeki Allah. Bolehkah anda cari rezeki yang bukan dari kurniaan Allah?


Jangan tinggal di bumi Allah.
Nak buat maksiat, pergi duduk jauh-jauh. Jangan dok kat bumi Allah ni. Jangan dekat bumi Allah!


Buat maksiat di tempat yang Allah tak nampak.
Bolehkah anda cari tempat yang Allah tak nampak anda buat apa?


Bila malaikat maut datang nak cabut nyawa, cakap padanya,"Sat sat, aku nak pi bertaubat dulu."
Hehs. Bolehkah kita tangguh kematian kita? Bila sampai masanya, nothing we can do.


Bila malaikat Zabaniyah datang nak bawa kita pergi neraka, katakan padanya,"Aku taknak mengikutimu."
Mustahil oke.


Selamat buat maksiat.


Monday, July 5, 2010

Germany's Mesut Ozil; Is he Muslim?

When the camera pans along the German team on Sunday and that famous national anthem thunders out across the Durban Stadium, Mesut Ozil's lips will be moving out but he wont be singing along. No, Ozil will be reciting the Koran to himself. "It gives me strength," he has explained. "If I don't do that before a game, it gives me a bad feeling."

What I know, he is obviously a Muslim, being of Turkish descent. Hope his girlfriend will follow his religion. My friend read somewhere that he made his girlfriend converts to Islam. There are another article that post a different story. Ozil is a devout Muslim but no longer observes Ramadan after fasting while on duty with the German Under-21s played havoc with his fitness. He does however recite verses of the Quran before kick-off.

Fyi, time aku tengah serach pasal benda alah nie, ada something interesting laa. UMMAH Forum, dalam web ni agak hot la cakap pasal Ozil ni. Dalam pada masa yg sama, ada juga perbalahan yg mana seorang user ni ada mempertikaikan Islam macam yg dia tanya -- Are Muslims alllowed to wave the flag of the Kuffar? Why do MUSLIM praise one side whilst ignoring the other?".

Alang alang cakap pasal Germany ni, here you are, the funny pic of Maradonna. Aku memang anti gila tahap bangang Argentina and the coach.



Sign reads: "Bye, Maradona" (I don't think they mean that sincerely)