Friday, June 18, 2010

Bekalan gula di rumah tak pernah putus sebab mak saya bijak.

Mak aku memang bijak. Aku tertarik dengan Si burung hantu Safina - Boikot Gula ! punya artikel ni. Jangan boikot gula. Sebaliknya kita kena bijak mengatasi masalah nie. Tanpa gula, nak makan apa? Minum apa? Kelmarin pun, aku baca Harian Metro 17 Jun 2010, banyak kes-kes kekurangan gula menghiasi penuh megah kat dada akhbar. Semua pakat berebut gula, ada yang sampai sorok gula, famous kan gula?




Mak aku bijak dalam mengatasi masalah gula ni. Benda ni terjadi time dekat pasaraya JMS.


My mom tanya: Amoi, gula tak ada ka?
Amoi tuh cakap: Ada. Sini maa. Kena sorok.
My mom: Hah, kasi 4 paket. *Mak aku memang, selalunya bukan 4, tapi enam.
Amoi: *Muka terkejut nak mampos* Haiya. Tak boleh maa. Sua paket ja satu orang.
My mom: 3 tak boleh ka?
Amoi: Hm, boleh la, boleh.


Kelebihan mak aku, pandai bab bab bargaining. Otak pun bergeliga, tengok anak dia la. Hahah. Mak aku suruh abah aku pulak yang masuk pi beli. Amoi tu tak akan cam sebab abah aku masuk sekali. Abah aku pun beli lagi 2 paket.


Mak aku pun balik dengan hati yang gembira sebab dapat 5 paket gula. Tapi dekat rumah pun dah ada 15 paket dohh ! Keluarga aku tak pernah ada masalah dengan gula. Tips berguna ni :)