Saturday, March 13, 2010

Home » » Hisap rokok boleh bunuh cacing.

Hisap rokok boleh bunuh cacing.

CARA NAK BUNUH CACING.

Di dalam sebuah kelas, seorang cikgu sains try nak tunjuk betapa bahayanya perbuatan menghisap rokok terhadap kesihatan. Untuk memudahkan kefahaman pelajar pelajar beliau yg sangat kerek jugak la, beliau membawa dua ekor cacing yg sihat sihat + gemok gemok belaka dan masih hidup ceria. Serta merta dimasukkan cacing tu dalam dua conical flask.


Conical flask yg first dimasukkan air biasa, cacing itu hanya bergerak gerak happily. And then, satu lagi conical flask dimasukkan air perahan tembakau rokok. A few minutes then, cacing dalam air tembakau tu pun kreeek ! K.O ~ kesian lol.

"Murid murid, cuba lihat, cacing yg dimasukkan air biasa masih hidup dan cacing yg dituang air rokok serta merta mampos.. cikgu mahu kamu semua buat satu conclusion dari observation kita ni."

Seorang demi seorang bangun dan memberitahu kesimpulannya yg hampir sama iaitu, "Rokok amat bahaya. Sebab tu cacing K.O serta merta."

Sampai pada turn seorang budak bingai ni, dia bangun dan terus kata dengan confidentnya, "Hasil pemerhatian saya ialah jika kita ingin bunuh cacing kerawit, cacing pita, cacing tanah dan segala tok nenek cacing, eloklah kita hisap rokok."

1 comment:

  1. mwahahahah! cam logik gaak budaj tu ckp
    isk2
    first time dgr bingai dlm idop ni:):)

    ReplyDelete

Justin Guarini said,"Either positive or negative comments are good because it shows I am still relevant." So, leave your comment here :)