Friday, December 3, 2010

ROCKMELT - Social Web Browser yang terbaru.



Pernah dengar pasal RockMelt? Okeh, RockMelt ialah social web browser yang terbaru. Tim Howes dan Eric Vishria pengasas kepada RockMelt ni. Browser RockMelt membuatkan kita lebih mudah untuk meng-update, men-tweet dan berbagi konten melalui Facebook, Twitter dan laman web sosial yang lain. Aku masih tercari cari features RockMelt ni. Bagi aku paparan dia agak best.

Aku masih baru dalam menggunakan RockMelt ni. Kalau tengok video RockMelt, cukup untuk aku kata awesome. RockMelt buat masa sekarang masih BETA.

video




Screenshot

Setakat ini, aku belum dapat kesan keburukan walaupun aku dah baca review  manusia tentang RockMelt ni. Aku pun baru guna semalam. Cuma Facebook Photo Zoom tak ada untuk RockMelt. Aku harap lepas ni ada la. Pakai RockMelt sekalipun kita boleh import semua favourite/bookmarks, saved password plus browsing history dari web browser yang sebelum ni korang pakai ke RockMelt. Bila bukak RockMelt, dia memang akan connect ke Facebook. Cuba try test-lah, baru dapat rasa RockMelt ni. Memang cukup mudah untuk connect dengan semua laman sosial. Itu yang aku suka, pasti.


UPDATE !


Setelah berhempas pulas aku mencari keburukan RockMelt, mungkin Arib boleh jawab soalan aku ni. Dia buat prbandingan dengan satu lagi social web browser iaitu Flock. Check it out !

Wednesday, December 1, 2010

Rokok dan surah Yasin. Relevankah?



Iklan ni memang tak pernah ada lagi dekat Malaysia. Kalau tak silap iklan ni ditayangkan di Indonesia. Aku bukan apa, kerana iklan ini, aku kecewa. Surah-surah dalam Al Quran untuk dibuat main. Aku faham apa yang ingin disampaikan dalam iklan ni tapi penggunaan Surah Yasin bagi aku tak sesuai. Seolah-olah mempersendakannya.



video

  • Aku puji orang yang bagi idea utk buat iklan macam ni, sangat menarik. Aku sendiri tak terfikir.
  • Tapi, relevankah penggunaa surah Yasin itu? Nampak macam dipersenda, kan?
Gajah mati meninggalkan gading, harimau mati meninggalkan kulit, manusia mati meninggal dunia. Jangan merokok.



Credit to: Imah Ismail

Tuesday, November 30, 2010

Alat lipat baju yg cool - Lepas ni, mak abah boleh goyang kaki.

Serius cool. Aku tak larat nak ulang video nie. Alat melipat baju - lepas ni mak abah tak payah nak penat penat dah boleh goyang kaki je. Anak anak dah boleh tolong lipat baju dengan alat ni. Memang lepas ni anak-anak tak boleh bagi alasan tak larat lipat baju. Benda mudah trang tang tang dah ada depan mata, bagi alasan lagi memang nak kena tampar kepala, senget nanti.


Aku suka betul dengan orang yang otak gila kreatif. Walaupun benda yang dia reka ni nampak klasik dan tradisional, tapi aku suka sebab benda ni tak suruh kita keluar ribu-ribu nak buat. Benda murah, siapa tak suka. 


video


coooooooooooooooooooooooooooooooooooooolio !

Wednesday, November 24, 2010

Mungkin maut sudah hampir dengan anda sekiranya ada tanda ini :)


  • TANDA PERTAMA
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya.

Semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar . Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.

Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

  • TANDA 40 HARI
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.

Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

  • TANDA 7 HARI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

  • TANDA 3 HARI
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
  • TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

  • TANDA AKHIR
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Sumber: Fanpage Blog Oh Malaysia !

P/s: Semakin bertambah umur, semakin dekat kita dengan kematian :)

Monday, November 22, 2010

Silap besar kalau buat mak ayah korang titiskan air mata walau setitis.

Dia tetap anak saya. Kata seorang ibu. Walaupun sering dicederakan anak sendiri, tapi beliau tak merungut pun. Tetap jaga anak beliau yang sakit mental. Dia tetap sediakan bekal makanan kepada anaknya setiap kali anaknya datang ke tempat kerjanya. Beliau tahu, anaknya tak mengerti apa. Tidak bersalah.


Kisah yang aku baca dalam surat khabar sensasi Harian Metro ni buat aku teringat time aku demam tempoh hari. Mak aku papah aku untuk dibawa ke hospital sebab sendi aku memang sakit. Aku fikir balik, nanti aku dah besar..masih mampukah aku untuk berpegang pada janji aku nak jaga mak ayah aku? Yelah manusia, dunia mampu mengawalnya. Nauzubillah.


Sekarang, ramai anak yang sanggup lukakan hati mak ayah diorang? Diorang tak tahu ke redha Allah terletak pada redha mak ayah. Silap besar kalau buat mak ayah titiskan air mata walau setitis.


Aku tak dapat bayangkan betapa hancurnya hati mak ayah tu kalau anak diorang tu pernah terlanjur? Ada mak ayah percaya kawan anak datang ke rumah untuk belajar tetapi akhirnya padah menimpa apabila alasan belajar diberi akhirnya di bilik tidur. Tergamak dia hancurkan kepercayaan mak ayah dia. Dalam kalangan rakan seusia, kami biasa melihat video lucah. Bercerita mengenai seks juga satu kebiasaan buat kami sejak berusia 12 tahun lagi. Itu kata seorang gadis.


Apakah rasanya seorang insan yang bergelar ibu dan seorang lelaki yang bergelar bapa? Begitu dasyat penangan dunia sehingga berjaya melahirkan anak yang kurang ajar.

Saturday, November 6, 2010

Melupuskan Al Quran.

Aku tertarik dengan rancangan Majalah 3 tadi 6 NOV 10. Ada satu slot, tentang melupuskan Al Quran. Serius sangat sedih, bila ada jugak yang jual buang, jual or whatsoever kertas berserta isi isi Al Quran dekat tempat kitar semula kertas. Orang orang dekat tempat tuh la yang akan asingkan. Terfikir jugak, orang yang terus buang tu tak ada rasa apa apa-kah bila nak buat? Tu wahyu Allah, ada cara dan adab yang perlu ada bila nak lupus Al Quran.

Begitu tingginya Al Quran, yang manusia perlu muliakan. Atas semua ni, dalam Majalah 3 ni menayangkan bagaiman inisiatif seorang hamba Allah yang memiliki sebuah syarikat tempatan iaitu penerbitan Al-Quran Mushaf Uthmani, Percetakan Saufi menawarkan khidmat pelupusan al-Quran menerusi Pusat Pelupusan Ayat Al-Quran Percetakan Saufi di Batu 10 Cheras, Kajang, Selangor. Percetakan Saufi adalah syarikat percetakan yang telah diberi lesen oleh Bahagian Kawalan Penerbitan Teks Al-Quran Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk membekal, mengganti dan mengambil Al-Quran lama bukan Mushaf Uthmani bagi tujuan pelupusan.

Rahmat Mahdan, pemilik syarikat.

Actually, aku bukan nak fokus dekat syarikat ni. Kalau nak baca lagi pasal beliau, klik sini. cuma aku terkilahlah sedikit dengan manusia macam ni. Diriwayatkan tentang seorang sahabat menjumpai al-Quran, lalu menyapukan wangian padanya dan menyimpan di tempat tinggi. Bagi sahabat itu, Allah menjanjikannya syurga. Begitu juga Saidina Umar yang terjumpa keratan al-Quran lalu diambil dan diciumnya, Allah memberikan pahala. Begitu tingginya kemuliaan Al Quran tapi aku percaya masih ada orang yang tak reti reti nak hormat Al Quran macam ini :

Friday, November 5, 2010

Tak lulus exam, kena kahwin.

Lama sangat tak jenguk pun tak blog ni sebab final exam. Padahal study tak tegha mana sangat. Kecoh jee lebih hahaha. Tinggal satu subjek lagi jaa tapi buat serupa dah habis SPM. Bila dah lepas habis exam ni, otak mula la pikiaq macam macam nak buat. Macam kawan-kawan aku nie, diorang nak kahwin. Kahwin? Tengok gambar dekat atas rasa macam nak kahwin. Hehehe.

Lepas exam nak kahwin.
Klik nak baca. Memang hampeh la. Hahaha. Boleh pulak.

Tak lulus exam, kena kahwin.


Cakap pasal kahwin, mak aku pernah cakap lawak lawak time nak exam PMR dulu, "Tak lulus exam, mak bagi hang menikah la nohh." Sekarang ni dah nak ambil SPM next year, mak aku cakap lagi sekali benda yang sama. Mak oii, boleh jugak. Tak payah nak pikiaq belajaq. Sumpah kalau aku cakap macam ni kat mak aku, tidur luar la gamaknya. Meghela sangat nak kahwin. Lagi sekali mak aku cakap, "Mak lepas habis exam, tok hang bagi menikah terus. keputusan periksa mak cukup cukup makan jaa. sekadar nak kerja jadi suri rumah boleh la. hang jangan jadi macam mak pulak. belajaq elok elok." Tetiba jaa sayu, sobs sobs. Tak apa lah mak, kakak berjanji belajar sungguh sungguh.

Wondering..macam mana kalau betul aku kena kahwin lepas SPM? أستغفرالله, nauzubillah. Taknak aku.

Friday, October 22, 2010

Surat penghargaan daripada Iblis Laknatullah.

Aku melihatmu kemarin, saat engkau memulai aktiviti harianmu. Kau bangun tanpa sujud mengerjakan subuhmu. Bahkan kemudian, kau juga tidak mengucapkan "Bismillah" sebelum memulai santapanmu, juga tidak sempat mengerjakan solat Isyak sebelum berangkat ke tempat tidurmu. Kau benar-benar orang yang bersyukur, aku menyukainya. Aku tak dapat mengungkapkan betapa senangnya aku melihatmu tidak merubahcara hidupmu.

Hai Bodoh, Kamu millikku.


Ingat, kau dan aku sudah bertahun-tahun bersama dan aku masih belum bisa benar benar mencintaimu. Malah aku masih membencimu, kerana aku benci Allah. Aku hanya menggunakanmu untuk membalas dendamku kepada Allah. Dia sudah mencampakkan aku dari surga, dan aku akan tetapmemanfaatkanmusepanjang masa untuk mebalaskannya

Kau lihat, ALLAH MENYAYANGIMU dan dia masih memiliki rencana-rencana untukmu di hari depan. Tapi kau sudah menyerahkan hidupmu padaku dan aku akan membuat kehidupanmu seperti neraka. Sehingga kita bisa bersama dua kali dan ini akan menyakiti hati ALLAH

Aku benar benar berterima kasih padamu, kerana aku sudah menunjukkan kepadaNYA siapa yang menjadi pengatur dalam hidupmu dalam masa masa yang kita jalani.

Kita menonton film 'porno' bersama, memaki orang, mencuri, berbohong, munafik, makan sekenyang-kenyangya, bergosip, manghakimi orang, menghujam orang dari belakang, tidak hormat pada orang tua, tidak menghargai masjid, berperilaku buruk.

Tentunya kau tak ingin meninggalkan ini begitu saja.

Ayuhlah, Hai Bodoh, kita terbakar bersama, selamanya. Aku masih memiliki rencana2 hangat untuk kita. Ini hanya merupakan surat penghargaanku untukmu. Aku ingin mengucapkan 'TERIMAKASIH' kerana sudah mengizinkanku memanfaatkan hampir semua masa hidupmu.

Kamu memang sangat mudah dibodohi, aku menertawakanmu. Saat kau tergoda berbuat dosa kamu menghadiahkan tawa. Dosa sudah mulai mewarnai hidupmu. Kamu sudah 20 tahun lebih tua, dan sekarang aku perlu darah muda. Jadi, pergi dan lanjutkanlah mengajarkan orang-orang muda bagaimana berbuat dosa. Yang perlu kau lakukan adalah merokok, mabuk-mabukan, berbohong, berjudi, bergosip, dan hiduplah se-egois mungkin. Lakukan semua ini didepan anak-anak dan mereka akan menirunya. Begitulah anak-anak .

Baiklah, aku persilakan kau bergerak sekarang. Aku akan kembali beberapa detik lagi untuk menggoda mu lagi. Jika kau cukup cerdas, kau akan lari sembunyi, dan bertaubat atasdosa-dosamu. Dan hidup untuk Allah dengan sisa umurmu yang tinggal sedikit.

Memperingati orang bukan tabiatku, tapi di usiamu sekarang dan tetap melakukan dosa, sepertinya memang agak aneh. Jangan salah sangka, aku masih tetap membencimu. Hanya saja kau harus menjadi orang tolol yang lebih baik dimata ALLAH.



Sumber: Facebook

Saturday, October 16, 2010

Apa barang cakap pakai tudung labuh itu perempuan kampung?

Dalam entri sebelum ni - Memang menyampah duduk dalam bas, aku ada cerita pasal bebudak lelaki perlekeh tudung labuh time aku dalam bas balik rumah. Boleh kata kita orang yang pakai tudung labuh ni perempuan kampung? Mai sini mai nak cerita apa kelebihan tudung labuh. Aku bagi dua point cukup, petik dari Facebook. Jangan pandang sebelah mata dekat tudung labuh. Celik sikit mata tu.


Dikejar Tebuan Tanah
Dalam satu program motivasi remaja, aku menyertainya sebagai salah seorang fasilitator. Antara aktiviti yang dilakukan ialah jungle trekking. Aku mengetuai barisan remaja puteri yang siap sedia memasuki hutan. Taklimat dan doa dimulakan. Menderap ke tengah belantara, tiba-tiba peserta puteri paling depan terlanggar sarang tebuan tanah. Tebuan tanah berterbangan garang. Sedia menyerang. Peserta itu menjerit kesakitan kerana disengat. Peserta di belakangnya turut menjerit ketakutan. Aku yang turut berada di barisan depan ketika itu melaungkan takbir. Lantas mengarahkan peserta yang lain berundur. Mereka bertempiaran lari.

Sementara aku tetap bertahan di situ. Kututup sebahagian wajahku dengan tudung labuhku. Tangan turut kusembunyikan di bawah tudung labuh. Kulindungi beberapa peserta yang terkepung dengan tudung labuhku agar tidak disengat lagi. Segera kubawa mereka berundur. Ajaibnya, seekor tebuan pun tidak berjaya menyengatku. Subhanallah! Maha Suci Engkau yang menyelamatkan aku dengan secebis kain buruk ini.


Menyelamatkan Beg Tanganku daripada Ragut
Seorang temanku dari Brunei sudah beberapa hari tidak datang ke kelas sarjana. Aku risaukan keadaannya. Apabila dia datang kembali, aku segera bertanya. Dia menunjukkan pipinya yang calar sambil bercerita dengan juraian air mata. Dua orang pemuda yang menunggang laju meragut beg tangannya. Dia ikut terseret. Ketika itu pula dia sedang mengandung dua bulan. Hampir-hampir keguguran. Kedua-dua lututnya terluka. Pipi dan tangannya tercalar. Berdarah.

Aku sedih mendengar ceritanya. Dia memegang hujung tudungku sambil menyimpulkan, Jika akak pakai tudung labuh macam ni, tentu diorang tak nampak beg tangan akak. Kata-kata itu membuatkanku benar-benar berfikir jauh. Aku bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana tidak pernah menjadi mangsa ragut. Baru aku sedar, rupa-rupanya antara faktor yang menyelamatkanku adalah kerana beg tanganku sentiasa tersembunyi di bawah tudung labuh. Cuba anda bertanya kawan-kawan anda yang menggalas beg tangan di bawah tudung labuh, pernahkah mereka menjadi mangsa ragut?


Memang menyampah duduk dalam bas.

Apa yang aku tulis, dikutip sepanjang naik bas dari Pokok Sena - Bukit Mertajam. Pheww, hari Sabtu pun kena sekolah. Dah tuh balik naik bus panas panas memang buat kulit macam kena siat siat. Agak agak kat neraka nanti macam mana? Memang boring naik bus dua orang ja. kalau tak empat orang. Tapi dua org lagi tu dah cabut tinggai aku dgn sorang lagi. Memang hampagas betul. Dah boring, kita orang pun cuci cuci mata dalam bas tu. Apa yang kami dapat?


Kemaluan lelaki dibuat main.
Memang mangkuk bertingkat. Serius cakap. Ada la tiga budak laki lebih kurang Form 1 atau Standard Six laa. Tengok gaya pun dah naik meluat. Aku dengan kawan duduk depan diorang. Hingaq gila ! Setiap budak perempuan yang naik, semua di-ngurat. buatlah bunyi tikus gerit tuh. eeei, rasa macam nak ikat ja mulut. Dalam aku tengah pasang telinga dengar diorang sembang apa, tetiba ada salah sorang dari diorang sebut perkataan kemaluan lelaki. Nak tulis pun rasa geli. Eeii, dah la ulang bebanyak kali dalam nada sura yang errr macam stim jaa. Sungguhlah tak bertamadun.




Tudung labuh diperlekeh.
Salah sorang kawan aku dalam bas, bangun nak turun dari bus. Time dia nak keluar, suara sumbang budak tiga orang tu cakap,"perempuan kampung la. cepat la sikit turun." Kita orang pakai tudung labuh, budak sekolah agama. Layakkah dipanggil perempuan kampung bila pakai tudung labuh? Sekurang kurangnya kami bertamadun.


Berpeluk pelukan.
Dalam bas Rapid Penang, ada satu jenis yang ada seat untuk sorang duduk kat depan tu. Aku tak tau lah kot couple ni tak reti fikir seat tu untuk sorang. Mana taknya, sekali bantai duduk dua orang diorang kat situ. Dah tu duduk bukan reti diam. Laki tu keja nak peluk perempuan tu jaa. Tak pasai tambah dosa tengok maksiat.


Minah seksi.
Ada sorang minah ni. Memang seksi habis. Rasa macam nak hadiahkan dia kain selimut 10 meter. Sebab bas Rapid dah penuh, ramai yang kena berdiri termasuk minah tuh. Aku usha sekeliling. Tertangkap sorang mamat macam mamat Indon pun ada jugak tengah usha usha minah tuh. Macam nak sound ja mamat tuh,"Eh, kau tengok apa? Cungkil mata nak?"


Sunday, October 10, 2010

Bodoh, bas tak nampak la !

Kasar bahasa. Memang kasar. Remaja sekarang. Maki hamun macam makanan diorang jaa. Dah la dekat tempat awam. Menconteng perkataan ni kat tempat awam. Tak malu ke? Dah la maki, vandalisme pulak. Aku snap pic ni dekat depan Sunway Carnival Mall, Sbrg. Jaya. Asalnya ni pondok telefon yang jenis macam ada rumah uh. Syarikat public phone Helo letak menatang ni tepi dengan bus stop dan mengadap jalan.


Memang la aku sendiri sakit hati sebab menghalang mata daripada nampak bus lalu. Tapi bebudak ni memang ah. Kalau ye pun, jangan caci maki macam ni. Buat la aduan dekat syarikat tuh. Kan senang. serupa macam kalau maki macam ni terus pondok telefon tuh runtuh. Ada otak tak nak pakai, ada akai taknak pikiaq. Ha, kan dah Penang piau aku cakap.


Dalam aku tengah usha usha pondok telefon ni, ada juga budak perempuan ni dok kikis dinding rumah pndok telefon tuh guna duit syiling. Bila perasan aku tengah tenung dia, terus diam. Tahu pun.

Justin Bieber Is Actually A Disguised 51 Year Old Pedophile.

Justin Bieber - 02
Rumor. Aku gelak besar baca info pasal benda ni. Boleh pulak Justin Bieber tu pedofilia. Berita mengejutkan datang dari penyanyi Justin Bieber sebab penyanyi yang memulakan kerjayanya dengan menyanyikan lagu lagu dia melalui YouTube dikhabarkan adalah Bieber False Justin berumur 51 tahun. Err, jangan gelak kalau aku cakap aku mula-mula percaya benda alah ni. Brrr, tak guna betul.


"Justin Bieber adalah phedofilia 51 tahun palsu yang menyamar sebagai anak 16 tahun. Dilaporkan penyanyi yang kini popular dengan lagu "Baby" telah ditangkap oleh polis kerana terbukti bersalah menyamar. Mula mula diketahui penyamarannya yang nama aslinya adalah Justin Bieber Michael Cote sekarang 51 tahun time dia pakai topeng, tengah tengah buat konsert. Surat khabar lain ada kata bahawa "Justin Bieber" yang digilai ramai melakukan pembohongan awam dengan memakai topeng getah dan wig."

video

Benda ni memang merapu. The truth is here. Credit to Fartvxqhlovate

Saturday, October 9, 2010

Mak belasah anak kecik depan orang.



Penggunaan word 'belasah' tuh amatlah melampau. Sebenarnya mak anak tu cuma pukul secara melampau, bukan belasah. Memang melampau. Depan khalayak ramai pulak. Dah la anak, erm, ada la besar 4-5 tahun. Ish, dah la comel.


Benda ni jadi time aku tengah jalan jalan dengan kawan, on the way ke library Seberang Jaya. Anak kecil tu kena pukul dengan mak dia sebab main kotor, I guess. Kena tampar. Rentap. Mainan budak tuh dibaling dekat budak tu. Dasyat, memang dasyat. Aku kira nak snap some pic tapi takut aku yang kena belasah. Tak pasal.


Memanglah mak tu akan marah kalau anak dia main kotor, tapi cara tegur tu salah. Perlu ke pukul anak dengan melampau depan orang ramai? Mak aku sendiri takkan buat macam tu. Percayalah, dengan pukul pukul ni, takkan dapat ubah perangai budak tu. Memang akan berubah, tapi cuba fikir apa akan jadi dengan psikologi budak tuh? Menjadi pendiam, malu, kurang keyakinan diri, skema bala bla bla. Didik anak sebaiknya.

Tegur secara berhikmah, bukan memerli.


Spesies jenis tegur orang main perli perli. Spesies paling aku benci. Kau nak tegur orang, tapi perli orang - apa kes? Memang kadang kadang kesabaran memang memuncak bila kita tegur orang tu jenis tak makan saman. Tapi kau sendiri fikir, macam mana nak sampaikan sesuatu tu kalau kau sendiri tak sabar dan tak pandai jaga hati orang. Kesabaran mau tinggi, la beb.

Contoh, fenomena dekat sekolah aku. Biasalah kalau berkumpul. Mulut pot pot pet pet. Serupa macam ada konsert saja. Oke, aku kena tegur. Aku angguk. Aku senyum. Memang salah aku. Aku dah tak memberontak macam dulu, terus maki hamun kalau kena tegur. Aku dah 16, sudah boleh fikir agak matang. Tapi bila saja mula tegur dengan perli memerli ni, hati dah panas. Eh, apa kes ni? Berhikmah la sikit. Junior junior kena tegur, straight terus tanpa cover. Dan aku takkan salahkan diorang kalau tetiba diorang memberontak. Aku pernah rasa macam tu, rasa nak maki hamun terus. Tapi sebab agak ada sikit rasa hormat, pendam jaa.



Kau tak pernah ada dekat tempat orang kena tegur secara perli, dan kau takkan paham. Tegur secara berhikmah, sabar. Entri ini tak ada kaitan dengan yang hidup atau yang mati atau yang koma atau yang separuh sedar.

Friday, October 8, 2010

Budak perempuan,lelaki umur 12 tahun bergaduh sampai terkoyak baju.



Budak perempuan, lelaki 12 tahun bergaduh sampai terkoyak baju. Dasyat kan? 12 tahun tu. Aku dulu paling kerek bergaduh dengan budak lelaki, setakat tolak tolak jaa. Time tu jahil lagi, pegang bahu kawan laki tu, terus rentap. Kes ni adik aku yang cerita. Kat sekolah dia merangkap ex sekolah aku. Yang menariknya, bukan baju budak perempuan yang terkoyak, tapi budak laki tuh. Ganas gilahh. Salute !


Semuanya gara gara sebab budak laki tu dye rambut. Colour purple beb. Jatuh rahang aku dengar. 12 tahun - dye rambut. Okeh. Aku ni umur dah 16, nak sentuh botol dye tu pun tak berani. Kesian budak perempuan tu, sampai lebam muka kena belasah dengan budak laki tu. Adik aku pernah tegur diorang ni pakai dye, tahu diorang balas apa.."Beb, kami pakai dye jenama Syurah.. yakin dan suci !!!" Tengkorak betul bebudak ni.


Baru umur 12, dah pandai belasah budak perempuan. 10 tahun akan datang, macam mana agaknya?

Sunday, October 3, 2010

Online Link Scan - Blog kau ada virus tak?

Online Link Scan - Virus, Trojan, Adware and Malware Scanner

Virus malware. Tadi berblogwalking. Jumpa site ni, beritahu macam mana nak cek site kita tu sama ada, ada malware virus or tidak. Phewww. Cepat cepat aku pergi cek. Selamat rupanya site aku dari malware nie. My site is secure okeh, so mari sini ramai ramai.

Online Link Scan.

Result site aku:


--------- LINK SCAN SUMMARY ---------
PhisTank say's: Service not available.
AVG say's: Service not available.
SiteTruth say's: This site is safe.
Google Safe Browsing say's: This site is safe.
Threat Name: No Threat FOUND
Threat Definitions: 836977
Engine Version: 0.96.3
Host IP: 74.125.127.132
Link Status: Clean
File Size: 72.32 KB
Time Finished: 9.07 secs
Overall result: This site is secure.


Go to http://onlinelinkscan.com/

Calon SPM - Soalan spot oleh Munsyi Dewan Bahasa dan Pustaka #2



Baru baru ni aku ada post tentang Calon SPM - Mengapa Salah? #1 Okeh, seperti yang dijanjikan, aku akan bagi tau soalan spot untuk 2010, bahagian essy. Soalan spot ni diberitahu sendiri oleh Munsyi Dewan Bahas dan Pustakan, En Mohd Salleh Hassan.

Soalan spot tuh ialah tentang Keharmonian keluarga melahirkan anak anak yang berjaya dalam kehidupan. Aku ada karangan tentang tajuk nie, ditulis sendiri oleh Munsyi nie. Sekali tengok memang agak mencabar tajuk ni. Aku ni nama ja orang Melayu, paper BM tak pernahnya nak score the best. Beliau ada bagi tips untuk jawab essay ni, yang aku kira rata rata memang tak tau. Lagipun, beliau examiner paper BM untuk SPM ni. dah lama gituhh.


Untuk Bahagian A.

  • lima perenggan sahaja.
  • tak lebig dua m/s.
  • 11-12 baris shaja.
  • 3 isi sahaja.
  • dua unkapan menarik, dua kosa kata berdarjah tinggi, dua variasi ayat.
Untuk Bahagian B.
  • tujuh perenggan sahaja.
  • lebih 3 m/s.
  • 15-16 baris
  • 5 isi sahaja.
  • dua ungkapan menarik, lebih daripada dua kosa kata berdarjah tinggi, lebih dua variasi ayat.
insyaAllah, ada semua eleman nie, karangan korang memang boleh score A+. yang nie la yang examiner cari cari. selalunya examiner yang baru akan baca satu persatu, tapi kalau examiner yang lama lama tuh, dia akan cari yang nie dulu. lepas tuh, confirm dia akan semak karangan korang mula dengan markah penuh. kalau ada salah sikit sikit tuh, baru dia potong.

Apa itu variasi ayat?
Cotoh variasi ayat -- Datuk Fadzilah Kamsah, pakar moivasi tersohor pernah mengatakan bahawa keharmonia keluarga merupakan kunci kejayaan dalam kehidupan anak-anak. Jadi, apakah langkah-langkah yang perlu diambil oleh ibu bapa untuk memastikan keluarga sentiasa harmoni seterusnya melahirkan anak-anak yang berjaya dalam kehidupan? -- Ayat tanya yang wujud tu menunjukkan bahawa ayat anda berviarasi. Macam tu laa.

Perenggan !
Ingat, jangan lebih had tulis perenggan. Examiner hanya dibayar untuk baca essay yang cukup 5 dan 7 perenggan, 2 dan 3 m/s sahaja. Setiap perenggan mesti sama sebab ia akan membuktikan yang korang ada idea yang konsisten. Kalau perenggan panjang pendek memang membuktikan otak korang berterabur time tuh. Perenggan yang terlebih atau terkurang akan ditolak 11 markah. Setiap perenggan kena selang ! Untuk lebih bagus, setiap perenggan yang korang tulis tuh, ayat pertama tu mesti senada dengan ayat terakhir perenggan. contoh -- Keharmonian keluarga yang akan melahirkan anak-anak yang berjaya juga dapat dibentuk melalui pengamalan konsep kepimpinan melalui teladan. bla...bla...bla..bla...bla...bla.. Aktual, pengamalan konsep kepimpinan melalui teladan merupakan langkah yang mampu membentuk keharmonian keluarga seterusnya berdaya untuk melahirkan anak-anak yang berjaya dalam kehidupan.


Test pad ! Huh [?]
Test pad yang kita guna untuk tulis karangan pun main peranan. Jangan buat hal. Test pad yang kita guna tulis karangan tuh akan ada 31 baris. Ha, pergi cek uhh. 
  • Untuk baris pertama, tulis kan bahagian karangan dan sedikit kehendak soalan. Ia menunjukkan korang faham apa yang arahan tu nak.
  • Untuk baris kedua, selang. Jangan tulis apa apa.
  • Untuk bari kedua, baru mula tulis karangan.
  • Ingat: karangan mesti cecah baris ke 31.
  • Untuk m/s terakhir, contoh macam untuk karangan bahagian A:  kat m/s kedua, tulislah sampai baris ke 29. Tinggal 3 baris sebelum baris ke 31. Langkah jaga-jaga, takut korang tulis terlajak.
Pheww! Letih jadi cikgu. Ada apa apa yang tak faham?

Saturday, October 2, 2010

Cebu Pacific FAs dancing - serius stewardess yang unik penah jumpa.

Serius cakap - stewardess yang unik dan berbakat, boleh kot join SNSD. Tapi tu la, bahaya jugak ni. Lelaki sure tak tunduk kepala tengok . Hahah. Apa pun, aku puji la syarikat penerbangan ni promote syarikat mereka thru stewardess ni. Yelah, secara tak langsung orang kagum. Daya kreativiti memang amat diperlukan dalam mempromosikan suatu benda.

video

Layan saja HAHA

Calon SPM - Mengapa Salah? #1



Tadi pagi baru ja ada teknik jawab soalan dengan Munsyi Dewan Bahasa dan Pustaka, Mohd Salleh Hassan dan serius - banyak info yang aku dapat dan aku yakin la kan, tak ramai yang tau pasal info ni. dan insyaAllah, ia akan membantu SPM candidate ni. Baca baca. Dan ini agak penting dalam memartabatkan bahasa ibunda kita. Aku tengok, kalau dekat luar tu, macam-macam Bahasa melayu yang telah disingkatkan. Aku paling benci 'Bahasa Jew' - Hyee, apew kabew? Cihat?. Sekadar guna bahasa pasar, aku oke lagi.

Mengapa salah?
Ni time slot tatabahasa. Mai nak bagi tau sikit yang:
  • Sedia maklum bahawa perkataan mini akan ada kat hujung objek uh contoh macam telekung mini, bukan mini telekung tau. Tapi, sesetengah word ada yang boleh mini kat depan. Contoh: minikomputer. Ia dibenarkan sebab minikomputer salah satu istilah dalam bidang komputer nie. Contoh lain macam miniskirt. Ia dibenarkan sebab istilah dalam bidang fesyen.
  • Papan tanda Dilarang merokok adalah satu ayat yang salah sebab kata perintah tak boleh diikuti dengan imbuhan 'me' or sewaktu dengannya laa. Sepatutnya kena letak Dilarang hisap rokok. Kang bubuh Dilarang Rokok, lagi macam pelik.
  • Saya tidak menyangka sekolah ini sudi menjemput saya bagi menyampaikan ceramah. Menjemput tu salah dan mesti kena ganti dengan mengundang. Sebab apa aku tak tau sebab time tu tengah pekak dengan MP3. Usually kita tengok kad kahwin, sure tulis jemputan perkahwinan. Act, kena tukar dengan undangan perkahwinan.
  • FYI, perkataan internet mesti eja mula dengan huruf besar.
  • Ali bertanya kepada ibunya siapakah yang bertandang ke rumah mereka semalam. Ayat tu 100% salah ! Ayat penyata, tak boleh ada kata tanya. Sekali ada, terus salah ayat tu. Kalau nak ubah jadi betul, buat macam nie: Ali bertanya kepada ibunya tentang orang yang bertandang ke rumah mereka semalam.
  • Ramai pelajar yang menghadiri ceramah pada hari ini. Okeh, ayat ni cacat sikit bila ada yang tu. Kalau ada yang, kat belakang ayat tu kena ada ayat lain sikit. Contoh: Ramai pelajar yang menghadiri ceramah pada hari ini mendapat manfaat. Baru lengkap la der.
  • Seperti yang kita sedia maklum, bila dah ada imbuhan 'memper' tak perlu lagi ada imbuhan 'i' kat belakang tu. Selalu ayat mesti salah sebab ada word macam ni: memperolehi. Cukup sekadar memperoleh. Tapi ! Ada 4 words yang boleh kita letak imbuhan 'memper...i'. Perkataan tersebut ialah: ingat, kawan, suami, isteri .
Tadi En Salleh tuh ada test kami, test mengeja. Word dia memang simple tapi tak ada seorang pun yang betul semua. Oke nak tanya:

Adakah ejaan bihun betul?
Adakah ejaan koey teow betul?
Adakah ejaan kerinting betul?

Kalau nak tau, tunggu next entri. Banyak lagi nak cerita. Pasal bahagian karangan, plus nak bagi tau soalan spot utk SPM tahun ni. Share ilmu, tak rugi pun.

Friday, October 1, 2010

Tudung fesyen Arini, tudung Kristian?

Sejarah pemakaian tudung ini sebenarnya bermula berkurun lamanya. Pada zaman Judeo-Kristian membuktikan pemakaian tudung yang biasanya dipakai oleh rahib wanita mereka.Cuba perhatikan pemakaian rahib wanita? Mereka memakai tudung tetapi tidak menutup dada, tetapi tudungnya labuh ke belakang. Oleh itu apabila kedatangan Islam,setiap wanita diperintahkan Allah S.W.T untuk melabuhkan tudung kepala mereka menutupi bahagian dada. Melalui cara ini ia dapat dibezakan antara rahib wanita dan juga Wanita Islam yang terlalu istimewa pemakaian tudung.

Menurut hadis yang diriwayatkan Bukhari, Aisyah radiallahuanha menceritakan kisah ketika Surah An Nur ayat 31 diturunkan di Madinah wanita mukmin Ansar dan Muhajirin terus melaksanakan perintah ini serta-merta tanpa banyak soal dengan mencari apa sahaja kain di sekeliling mereka lalu bertudung dengannya sebagai membenarkan dan membuktikan iman kepada apa yang Allah perintahkan. Tanpa mempertikai apa-apa.

Hadis nabi :"barangsiapa yang meniru sesuatu kaum, maka ia termasuk dari kalangan mereka" – riwayat Abu Daud.

Sebab salahnya memakai tudung macam ni:

  • Menampakkan bentuk leher dan sanggul yang tinggi seperti bonggol unta
  • Tudung terlalu singkat dan tidak menutup dada sehingga menampakkan bentuk badan. Tudung sekadar menutup kepala dan rambut..tapi nasi lemak lima kupang masih jelas kelihatan.

Tujuan aku post menda nie, bukan apa, sekadar memberi pandangan. Tak salah la kalau pakai tudung ni, cuma yang salah bila dia sesangat pendek dan melekat lekat. Memang bila dah melekat, nampak semua. Dah boleh scan.

Sunday, September 26, 2010

Improves your load time performance.

Bila berblogwalking, paling geram bila ada blog yang lambat loading. Sarat sangat dengan macam macam benda. Kadang kadang malas nak tunggu, tapi kalau ada kesabaran, tetap akan tunggu. Cuba improve your load time dengan CSS Compressor. Aku guna cara tu untuk cepatkan loading blog aku. Maybe ramai yang dah tau, atau belum tau. Aku hanya sekadar berkongsi. Credit to Blog Mijie.


CSS Compressor
CSS Compressor meningkatkan waktu buka prestasi dengan menghapuskan komen dari kod, menempatkan setiap command in one single line, buang characters 'white space'yang tidak diperlukan macam ruang, baris baru, dan tab untuk mengurangkan saiznya. Untuk maklumat lanjut tentang online CSS Compression Tools, klik sini.


Cara guna:




  1. Pergi ke Dashboard > Design > Edit HTML > Tick expand widget templates. Kalau boleh download full template dulu. Just in case kalau error.
  2. Cari kod CSS korang. tekan CTRL+F, cari code body { then, copy code sampai sebelum kod ]]>
  3. Pergi ke web CSS Compressor. Klik image di atas.
  4. Tak perlu ubah apa apa kat situ, terus je paste kod yang di-copy tadi dekat box insert CSS code. Klik compress it.
  5. Copy kod yang telah di-compress tu. Replace kod yang korang copy time step 2 dengan code yang dah di-compress nie. Save template.
Ni web speed report aku lepas compress kod guna CSS Compressor:


Web Speed Report for:http://anirffas.blogspot.com
Page Size:73,280 Bytes
ResponseTime:0.36 Seconds
28 Kbps:20.45 Seconds
56 Kbps:10.22 Seconds
64 Kbps:8.95 Seconds
128 Kbps:4.47 Seconds
256 Kbps:2.24 Seconds